Cinta Segera (TV Okey)

Cinta Segera

Saksikkan telefilem romantik komedi khas perayaan Hari Gawai bertajuk 'Cinta Segera' akan disiarkan pada 1 Jun, pukul 8 malam di TV Okey (Astro 146).

JUDUL : CINTA SEGERA
WAKTU SIARAN : Isnin, 1 Jun 2020, 8.00 malam  
SIARAN TV : TV Okey (Astro 146)
PENULIS SKRIP : Amaz Mazilan
PENGARAH : Adon Dagok
PRODUKSI : Megaday Media Sdn Bhd
PELAKON : Keith Foo, Doria Rachel, Adam Yusuf, Hafisz Rachman, Ferazilaah Mohd, Ernnie Doris, Lydia Yusreena, Janet Benet, Syafaat Z.Abidin 

SINOPSIS CINTA SEGERA
Mengisahkan seorang pemuda berbangsa Cina, Harry yang berkunjung ke Sarawak. Dia turut serta ke kampung halaman kawan baiknya itu untuk meraikan sambutan perayaan Hari Gawai. 

Tanpa diduga Harry jatuh cinta pandang pertama dengan seorang gadis bernama Jenny. Jenny gadis Iban yang cantik, dan peramah yang juga merangkap pemandu pelancongnya sepanjang berada di Sarawak. 

Begitu pun percintaan mereka menerima tentangan hebat daripada ayah Jenny. Saksikan bagaimana kesungguhan Harry berusaha untuk melembutkan hati ayah Jenny untuk menerima kehadirannya sebagai jodoh Jenny.