Drama Dendam Cinta Arissa

Dendam Cinta Arissa

Drama bersiri 'Dendam Cinta Arissa' bakal menggantikan drama 'Jujurlah Nikahi Aku' di slot DramaVaganza Astro Ria. Menampilkan gandingan Hisyam Hamid dan Atikah Suhaime. Drama terbitan Radius One, arahan Shahrulezad Mohameddin bersama Uchee Fukada. Akan menemui penonton bermula 9 Mac 2020, setiap Isnin hingga Jumaat pukul 7 malam di Astro Ria 104 dan Ria HD 123.

JUDUL : DENDAM CINTA ARISSA
TARIKH TAYANGAN : 9 Mac 2020
WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat,  7:00 malam
SIARAN TV : Slot DramaVaganza (Astro Ria & Ria HD)
PENULIS SKRIP : Eenaz Mokhtar
PENGARAH : Shahrulezad Mohameddin & Uchee Fukada
PRODUKSI : Radius One Sdn Bhd
PELAKON : Hisyam Hamid, Atikah Suhaime, Fezrul Khan, Ruzana Ibrahim, Aidil Aziz, Shiqin Kamal, Arash Mohd, Putri Hanan, Noryati Taib, Dilla Ahmad

WATAK PELAKON 
Atikah Suhaime sebagai Arissa
Hisyam Hamid sebagai Rafael
Fezrul Khan sebagai Zariman
Aidil Aziz sebagai Zaki
Shiqin Kamal sebagai Zarina
Ruzana Ibrahim sebagai Diana
Arash Mohd sebagai Mustaffa
Putri Hanan sebagai Suraya
Noryati Taib sebagai Saleha
Ranea Salsabilla sebagai Mimi

LAGU TEMA / OST
Hanbyul - Retak
Hadiah - AMylea
Tegas - Faradhiya
Begini Aku - Rina Lee 

SINOPSIS DENDAM CINTA ARISSA
Setelah lama bercinta, Zariman akhirnya melamar Arissa untuk menjadi isterinya dan mula membuat perancangan perkahwinan. Arissa dilanda dilemma, takut sekiranya selepas dia berkahwin dan berpindah, Suraya tidak dapat menjaga nenek mereka (Saleha) dengan baik.

Sementara itu, Rafael dilanda kemelut rumahtangga apabila dia syak Diana curang dengan dia. Diana akhrinya mengaku yang dia curang dan meminta Rafael supaya lepaskan dia.

Perkahwinan Arissa dan Zariman musnah apabila Rafeal melanggar Zariman ketika Rafael mengejar isterinya Diana yang cuba melarikan anaknya Mimi. Zariman meninggal dunia dalam kemalangan tersebut, dan Arissa mengalami kemurungan yang teruk.

Zaki menjaga Arissa dan kebajikan keluarga Arissa, dalam diam masih menaruh hati pada Arissa.  Arissa terima lamaran Zaki, walaupun dia masih gusar dan tahu hatinya masih lagi pada Zariman.

Rafeael yang ingin berterus terang pula jatuh cinta dengan Arissa tanpa sengaja.

Pelakon Dendam Cinta Arissa
Pelakon drama Dendam Cinta Arissa
Dendam Cinta Arissa