Drama Bicara Cinta (TV3)

Bicara Cinta

Drama adaptasi novel 'Bicara Cinta' karya Missa J akan menemui penonton di slot Samarinda TV3. Menampilkan gandingan Emma Maembong dan Adi Putra. Drama arahan Along Kamaludin. Disiarkan bermula 21 September 2020, setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di TV3.

JUDUL : BICARA CINTA
EPISOD : 13 episod
TAYANGAN : 21 September 2020
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam 
SIARAN TV : Slot Samarinda TV3
PENULIS SKRIP : Syed Mohamad Taufik Syed Abdul Jalil
PENGARAH : Along Kamaludin
PRODUKSI : Primeworks Studios
PELAKON : Emma Maembong, Adi Putra, Jalaludin Hassan, Fadilah Mansor, Balkisyh Semundur Khan, Azrel Ismail, Khaty Azean, Syed Aiman, Beego, Khalida Balqis, Eizlan Yusof, Lisdawati, Rahim Jailani, Yumna Ayuna, Fadzil Hamdan, Maria, Fatiha, Fatiha, Fauzan

WATAK PELAKON
Adi Putra sebagai Adee / Rais
Emma Maembong sebagai Anis Sofea
Jalaludin Hassan sebagai Tok Ali 
Fadilah Mansor sebagai Nenek Humairah
Balkisyh Semundur Khan sebagai Nomi
Khaty Azean sebagai Mahzan
Azrel Ismail sebagai Saddiq
Eizlan Yusof sebagai Zainuddin 
Lisdawati sebagai Zaleha 
Rahim Jailani sebagai Hamid 
Syed Aiman sebagai Khalid 
Beego sebagai Sarip 
Fadzil Hamdan sebagai Shaari 
Maria sebagai Cik Ana 
Ayuna sebagai Kak Zai 
Fatiha sebagai Safiyya 
Fauzan sebagai Ustaz Sulaiman

LAGU TEMA / OST 
Semesta - Syuhada 
Nafas Cinta - Soffwany Yusof 
Sandiwawra - Xpose Band

SINOPSIS BICARA CINTA
Mengisahkan Anis Sofea membawa diri menjejaki asal usul arwah ibunya di sebuah kawasan pedalaman selepas kedua-dua orang tuanya meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Atas desakan Tok Ali dan Nenek Humairah, mereka meminta Anis bersetuju untuk berkahwin dengan Rais agar kehidupan Anis lebih terjaga. 

Tanpa perasaan cinta dan jurang umur hampir 20 tahun di antara Anis dan Rais, memang sukar bagi mereka berdua untuk terus hidup sebumbung. Lama-kelamaan, cinta mula berputik dan mereka mula merasai kasih sayang antara satu sama lain. 

Anis diuji sekali lagi apabila Rais hilang jejak di hutan dan tidak pulang. Anis mulai rasa derita rindu yang tidak tertanggung. Saddiq pula muncul di kampung setelah sekian lama tidak berhubung. Melihat kepada keadaan Anis sekarang, Saddiq mula menagih cinta dan meminta Anis kembali ke pangkuannya. Tiba-tiba, Rais pulang dalam keadaan tidak terurus. Apakah yang akan berlaku nanti? 


Episod 1 - Kepulangan Nomi dari pekan dengan wajahnya yang masam menarik perhatian Khalid. Nomi menceritakan dia terserempak dengan Adee dengan seorang gadis cantik. Khalid memberitahu bahawa gadis itu adalah anak Zaleha sepertimana yang pernah diceritakan oleh Adee kepadanya. Nomi teringat kembali cerita cinta Zaleha dan Adee yang membuatkan cintanya tidak di layan oleh Adee. Rais ternyata menolak permintaan Tok Ali. Ini kerana usia mereka terlalu jauh untuk disatukan sebagai suami isteri. Malah, sehingga saat ini, dia belum ada apa-apa perasaan istimewa terhadap Anis. Tok Ali hampa.

Episod 2 - Setelah berpuluh tahun Zaleha makan hati, baru hari ini segalanya isi hatinya terlerai. Sikap sombong dan takbur Mahzan telah memusnahkan kebahagiaan yang cuba mereka bina. Zaleha sakit hati apabila Mahzan memfitnah yang Anis adalah anak hasil hubungannya dengan lelaki lain, bukan zuriat daripada keturunannya. Akibat daripada pergaduhan itu, Mahzan mengusir Anis sekeluarga di hadapan khalayak tetamu. Zaleha dan Anis malu besar dan bertekad untuk tidak menjejakkan kaki di rumah Mahzan lagi. Mayat Zaleha yang tidak dituntut oleh Mahzan membuatkan Anis berang. Mazhan tidak membenarkan Anis untuk melihat wajah Zainuddin buat kali terakhir.

Episod 3 - Pulang ke rumah, Anis buntu. Dia cuba untuk menghubungi Saddiq namun gagal. Muncul Mahzan di rumah milik Zainuddin, mengusir Anis sehelai sepinggang. Anis melutut di kaki Mahzan supaya dirinya tidak diperlaku sekejam itu kerana dia sebatang kara. Mahzan langsung tidak menghiraukan pujuk rayu dan tangisan Anis. Sedang berjalan pulang masuk ke halaman, Rais melihat seorang gadis sedang menjemur pakaian di ampaian. Rais terdetak, wajah gadis yang samar-samar di belakang kain membuatkan Rais ingin tahu gerangan gadis cantik itu. Rais menyelak kain di ampaian dan terlihat wajah kudus Anis. Mereka bertentangan mata buat kali pertama.

Episod 4 - Rambut hitam Anis yang menampar-nampar wajah apabila ditiup angin membuatkan Rais terpaku. Dia dan Anis saling berpandangan buat beberapa saat. Sehinggalah suara Hajah Humairah mengganggu pendengaran mereka. Rais dijemput Hajah Humairah untuk naik ke rumah. Anis terdetak, siapakah gerangan lelaki yang baik dengan neneknya itu? Nomi ternampak akan Rais yang membonceng Anis di pekan. Nomi menjadi marah.

Pelakon Bicara Cinta
Pelakon drama Bicara Cinta
Bicara Cinta