Lagu Untuk Suri (TV3)

Lagu Untuk Suri

Saksikan telefilem 'Lagu Untuk Suri' lakonan Naim Daniel, Sissy Iman dan Sweet Qismina pada Sabtu (1 Februari) pukul 10 malam di TV3.

JUDUL : LAGU UNTUK SURI
WAKTU SIARAN : Sabtu, 1 Februari 2020, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot Cerekarama TV3
PENULIS SKRIP : Ayu Amirrol
PENGARAH : Isqandar Jebat
PRODUKSI : Primeworks Studios
PELAKON : Naim Daniel, Sissy Iman, Sweet Qismina, Jesse Lim, Aida Aris, Aman Graseka, Iskandar Norzaman

SINOPSIS LAGU UNTUK SURI
Menceritakan konflik cinta tiga segi antara dua adik beradik, Suri dan Sara dengan seorang penyanyi yang sedang meningkat naik iaitu Johan Abhar. Suri mendapati Sara sering ponteng sekolah dan tidak mahu belajar. Sara anak bongsu yang selalu dipersalahkan oleh keluarga kerana pelajarannya yang merosot dan tidak minat belajar manakala Suri pula seorang anak yang bijak dan sentiasa dipuji. Oleh kerana hubungan dua adik beradik ini tidak begitu akrab, mereka selalu berselisihan faham.

Sara ialah peminat setia kepada Johan Abhar yang mempunyai cita-cita untuk menjadi seorang penyanyi yang terkenal. Namun, cita-cita Johan dilarang oleh ayahnya yang mengandaikan ia hanyalah angan-angan kosong. Abhar tidak yakin dengan kehebatan anaknya dan sering memperlekehkan bakat Johan.

Suri mendapati Sara lebih gemarkan muzik dan taksub kepda Johan yang menyebabkan Sara tidak minat belajar. Suri ingin menyiasat apa yang sebenarnya Sara lakukan, sehinggalah Suri bertemu dengan Johan.

Lagu Untuk Suri

Pelakon Lagu Untuk Suri
Pelakon telefilem Lagu Untuk Suri