,

Drama Hot Chocolate & Tea Lady (TV2)

January 29, 2020

Hot Chocolate & Tea Lady

Drama adaptasi novel 'Hot Chocolate & Tea Lady' karya Ramlah Rashid menggantikan drama Lara Syakila di Selekta Prima TV2 bermula 29 Januari, setiap Isnin hingga Khamis pukul 8:30 malam. 

JUDUL : HOT CHOCOLATE & TEA LADY
EPISOD : 13 episod
TARIKH TAYANGAN : 29 Januari 2020
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 8:30 malam
SIARAN TV : Selekta Prima TV2 (RTM)
PENULIS SKRIP : Ramlah Rashid & Zabidi Mohamed
PENGARAH : Dato Ahmad Tamimi Siregar
PRODUKSI : Filmer Network Distribution Sdn Bhd
PELAKON : Nafiez Zaidi, Afifah Nasir, Farah Wahida, Ungku Hariz, Kay Maria

SINOPSIS HOT CHOCOLATE & TEA LADY
Pertemuan pertama di pantri membuatkan Adam Aiman menyangka Shaza Amira sebagai ‘tea lady’ baru meskipun penampilan gadis itu langsung tidak menyamai pekerjaan itu. Dengan pakaian Muslimah moden yang ‘trendy’ dan berjenama, Shaza Amira layak dianggap seorang pengurus muda atau anak pengarah syarikat. Tetapi kerana ego berdepan gadis yang cerdik dan cantik, Adam Aiman sengaja menyakiti lebih-lebih lagi apabila mengetahui gadis itu adik tirinya. Shaza Amira mengikut sahaja rentak abang tirinya, saling membenci dan berdengki.

Setelah lama mengenali keperibadian Shaza Amira, diam-diam Adam Aiman jatuh cinta dan berangan-angan mahu memperisterikan adik tirinya itu. Tetapi tidak seperti yang diangankan Adam Aiman, Shaza Amira masih merindui kekasih awalnya. Mulut berkata tiada lagi cinta, tetapi hati masih mengenang Zafreil. Mereka berjumpa tanpa disangka lalu cerita lama disambung dengan sengaja. Sengketa angkara orang ketiga terus dilupakan.

Cinta Zafreil pada Shaza Amira membenihkan dendam dalam hati Elsa. Bukan kerana cinta plastiknya pada Zafreil membuatkan Elsa nekad menghapuskan Shaza Amira, tetapi kerana impian jahatnya, kakak tirinya mesti mati!

Berjayakah Adam Aiman memiliki Shaza Amira? Apakah cinta Shaza Amira dan Zafreil memahat semula dan berjayakah Elsa melunaskan misi jahatnya?

F O L L O W →

You Might Also Like

0 comments

recent posts

Facebook

Follow