,

Drama Aku, Dia dan Pinky Promise

January 20, 2020

Aku, Dia dan Pinky Promise

Saksikan drama adaptasi novel Aku, Dia dan Pinky Promise karya Anna Lee bakal ditayangkan bermula 25 Januari 2020 di TV Okey. Menampilkan lakonan Sweet Qismina, Syafie Naswip dan Adam Lee. Diarahkan oleh Jamal Khan. Disiarkan setiap hari pukul 10 malam di TV Okey (Astro 109, UnifiTv 110 dan Myfreeview 110)

JUDUL : AKU, DIA DAN PINKY PROMISE
EPISOD : 20 episod
TARIKH TAYANGAN : 25 Januari 2020
WAKTU SIARAN : Isnin-Ahad, 10:00 malam
SIARAN TV : TV Okey
PENULIS SKRIP : Sofia Rhyland
PENGARAH : Jamal Khan
PRODUKSI : Nusantara Seni Karya
PELAKON : Syafie Naswip, Sweet Qismina, Adam Lee, Faha Azhar, Hakim Nordin, Nelissa Edreena, Ferqisha, Sarah Dawud, Rabaayati, Iman Zulkarnain, Ikhram Juhari, Farah Zanordin, Farez Ridzwan, Fazlina Ahmad Daud, Shyrim, Duerra Mitilda, Diya Lily, Amisha, Kay Maria, Azhar Amir

WATAK PELAKON 
Sweet Qismina sebagai Siti Saleha
Syafie Naswip sebagai Azri
Adam Lee sebagai Daniel
Faha Azhar sebagai Amirul
Hakim Nordin sebagai Suffian 
Nelissa Edreena sebagai Hanim
Ferqisha sebagai Lina
Sarah Dawud sebagai Hajar
Rabaayati sebagai Lela
Iman Zulkarnain sebagai Shah Asnan
Ikhram Juhari sebagai Cikgu Ariffin
Farah Zanordin sebagai Cikgu Kamariah
Farez Ridzwan sebagai Cikgu Hazam
Fazlina Ahmad Daud sebagai MakLimah
Shyrim sebagai En Kamil
Duerra Mitilda sebagai Sara
Diya Lily sebagai Shahira
Amisha sebagai Nani

SINOPSIS AKU, DIA DAN PINKY PROMISE
Siti Saleha berumur 33 tahun. Tidak miliki kerjaya yang membanggakan dan mempunyai tunang yang mengecewakan. Dia mengharapkan satu keajaiban berlaku, membawa dia kembali ke alam persekolahan dan membaiki segala kesilapan lalu. Andai diberi peluang pulang ke masa lampau ada 10 senarai yang dia ingin ubah. Tapi, dalam 10, hanya dua impian yang penting untuk dia perbaiki.

Pertama, ubah aliran sains ke sastera. Supaya di masa depan dia dapat memberi tumpuan pada kerjaya yang diminatinya.

Kedua, cari Daniel! Hasut Daniel, tunang masa depannya, supaya jangan jadi model, tetapi jadi doktor atau ahli perniagaan agar masa depan mereka terjamin.

Tanpa disangka-sangka, satu kejadian telah membawa Saleha merentas masa, kembali ke tahun 1998. Saleha berjaya ubah aliran dengan memasuki kelas sastera dan dia juga berjaya mencari Daniel. Namun, kemunculan Azri yang terkenal sebagai ketua samseng sekolah membuatkan rancangan Saleha huru-hara.

Saleha hairan, Azri tak pernah wujud di masa lampaunya dan tak wujud di masa depannya, jadi kenapa sekarang tiba-tiba Azri muncul? Siapakah Azri sebenarnya? Apakah kaitan Azri dengan kehidupannya? Dapatkah dia mengubah sejarah lalu? Adakah hajatnya itu terbaik untuk dirinya?

Pelakon Aku, Dia dan Pinky Promise
Siti Saleha & Azri
Pelakon Aku, Dia & Pinky Promise
Daniel, Siti Saleha, Azri

F O L L O W →

You Might Also Like

0 comments

recent posts

Facebook

Follow