Durian Oh Durian (TV3)

Durian Oh Durian

Saksikan telefilem Durian Oh Durian arahan Ungku Ismail Aziz pada Sabtu, 21 Disember pukul 9.00 malam di TV3.

JUDUL : DURIAN OH DURIAN
WAKTU SIARAN : Sabtu, 21 Disember 2019, 9:00 malam
SIARAN TV : Slot Cerekarama TV3
PENGARAH : Ungku Ismail Aziz
PRODUKSI : Paragon Radical Sdn Bhd
PELAKON : Ungku Ismail Aziz, Bella Dally, Dian PRamlee, Jalaluddin Hassan

SINOPSIS DURIAN OH DURIAN
Midie seorang posmen, sangat obses untuk melihat pokok durian yang ditanam oleh arwah datuknya sempena kelahirannya berbuah. Tahun demi tahun menanti pokok itu berbuah. Berbagai usaha telah dilakukannya. Walaupun sudah 29 tahun usia pokok itu, namun tidak pernah menunjukkan tanda-tanda akan berbuah, malah pokok tersebut tidak pernah berbunga.

Ibu Midie, Kamariah mencadangkan agar pokok durian tersebut ditebang dan ditanam dengan benih yang baru. Kebetulan adik Midie yang baru balik kampung mahu menggunakan ruang tanaman pokok durian itu untuk membuat tanaman herba. Midie memberontak dan menentang hasrat ibu dan adiknya itu kerana pokok itu adalah seusia dengannya dan ditanam oleh arwah datuknya seiring dengan kewujudan dia di dunia. Ia memberi makna yang mendalam kerana hasrat arwah datuk agak anak cucu boleh makan hasil tanamannya itu.