Drama Di Hujung Ranting

Di Hujung Ranting

Nantikan drama bersiri adaptasi novel 'Di Hujung Ranting' karya Indah Hairani akan datang di RTM. Dibintangi oleh Shukri Yahaya, Nad Zainal, Dayang Areeda, dan Amar Asyraf. Drama terbitan A.Aida Production, dibawah arahan Along Kamaludin. Drama Di Hujung Ranting disiarkan setiap hari mulai 24 April ini pukul 5.30 petang di TV2 dan ulangan pukul 5.00 pagi.

JUDUL : DI HUJUNG RANTING
EPISOD : 30 episod
TARIKH TAYANGAN : 24 April 2020
WAKTU SIARAN : Setiap hari, 5.30 petang
SIARAN TV : TV2 (RTM)
PENULIS SKRIP : Wan Mahani Wan Hassan
PENULIS NOVEL : Indah Hairani
PENGARAH : Along Kamaludin
PRODUKSI : A.Aida Production Sdn Bhd
PELAKON : Nad Zainal, Shukri Yahaya, Amar Asyraf, Dayang Areeda, Umar Dzariff, Aishah Atan, Afzan A Rahman, Silfeny Osman, Aida Khalida, Arash Mohd, Fazlina Ahmad Daud, Zoey Rahman, Jovi Heng, Joyce Harn

WATAk PELAKON 
Nad Zainal sebagai Mawar
Shukri Yahaya sebagai Amar
Dayang Areeda sebagai Fatin
Amar Asyraf sebagai Hakim
Ummar Dzariff sebagai Amar Hakimi
Afzan A Rahman sebagai Helmi
Silfeny Osman sebagai Syuhadah

LAGU TEMA / OST 
Inikah Dikatakan Cinta - Sufian Suhaimi

SINOPSIS DI HUJUNG RANTING
Mawardah, anak yatim piatu yang dibesarkan oleh ibu saudaranya. Dia mengusahakan perusahaan batik milik keluarganya di Terengganu. Semenjak kecil, Mawar bersahabat baik dengan Adi, pemilik sebuah café dan menganggap Adi seperti abangnya sendiri. Amar seorang pemuda dari Kuala Lumpur juga berada di Terengganu sedang menguruskan satu projek pembinaan milik syarikat bapanya, Dato Hashim. Dalam satu insiden, Amar telah terlanggar kereta Mawar dan sejak kejadian itu mereka mula berkawan.

Pertemuan itu menumbuhkan bibit cinta Amar terhadap Mawardah. Namun belum sempat cinta diluahkan, Mawardah dikahwinkan dengan Hakim anak rakan karib arwah ibu Mawardah tanpa disedari bahawa lelaki itu adalah abang kandung Amar.

Perkahwinan itu mengecewakan Amar lalu membawa diri ke negara jiran. Sesungguhnya Mawardah tidak pernah diberitahu bahawa Hakim telah pun memiliki isteri sebelumnya iaitu Fatin. Perkahwinan Fatin dan Hakim di luar negara ditentang keluarga Hakim. Kecurangan Fatin dan desakan ibu Hakim iaitu Datin Fatimah memaksa Hakim menceraikan Fatin dengan talak satu.

Namun Fatin berusaha untuk kembali memiliki Hakim hingga berjaya. Berita Hakim kembali kepada Fatin dan layanan dingin Hakim terhadap Mawardah membuatkan Amar benci terhadap Hakim. Apakah Amar akan kembali kepada Mawardah semula atau Mawardah pasrah dan tetap setia memegang tanggungjawabnya sebagai isteri.

Di Hujung Ranting

Pelakon Di Hujung Ranting
Pelakon drama Di Hujung Ranting