Drama Rindu Yang Terlarang

Rindu Yang Terlarang

Nantikan drama bersiri Rindu Yang Terlarang adaptasi daripada novel karya Umie Nadzimah. Menampilkan gandingan Fikry Ibrahim dan Zahirah Macwilson. Drama terbitan Zeel Production dibawah arahan Rashid Sibir. Bakal menemui penonton bermula 26 November ini di Astro Ria slot DramaVaganza pada setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 7 malam.

JUDUL : RINDU YANG TERLARANG
EPISOD : 20 episod
TARIKH TAYANGAN : 26 November 2019
WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 7:00 malam
SIARAN TV : Slot DramaVaganza (Astro Ria & Astro Ria HD)
PENULIS SKRIP : Mazelan Manan, Shida Zali, Najmie Maziez, Suzanna Zaily Zin, SHaza Talib, Mufid Shuhaimi
PENULIS NOVEL : Umie Nadzimah
PENGARAH : Rashid Sibir
PRODUKSI : Zeel Production Sdn Bhd
PELAKON : Fikry Ibrahim, Zahirah Macwilson, Jalil Hamid, Amyza Aznan, Sahronizam Noor, Sulaiman Yassin (Mat Over), Kartina Aziz, Putri Hanan, Hanis Nabilah, Rahhim Omar,Asha Merican, Aidit Noh, Anuar Hamizan, Sam Shuhaidi, Asyraf Aley, Numan Salleh, Fendi Seman

WATAK PELAKON 
Fikry Ibrahim sebagai Fariz
Zahirah Macwilson sebagai Ainnura
Jalil Hamid sebagai Tok Wan
Sahronizam Noor sebagai Adnan
Amyza Aznan sebagai Puan Ilah
Mat Over sebagai Encik Fadzlan
Kartina Aziz sebagai Puan Rohana
Putri Hanan sebagai Fatehah
Rahhim Omar sebagai Dato Rashid
Hanis Nabilah sebagai Fazira
Asha Merican sebagai Rania
Aidit Noh sebagai Aidil

SINOPSIS RINDU YANG TERLARANG
Kisah cinta terlarang disebabkan pergaduhan keluarga. Faith dan Ainnura bercinta sejak dibangku sekolah dan mahu berkahwin diusia muda. Namun, percintaan mereka mendapat tentangan daripada keluarga yang saling berdendam akibat sengketa perebutan hak milik tanah. 

Dek kerana permintaan mereka tak direstui oleh keluarga. Faith dan Ainnura membuat keputusan untuk berkahwin secara rahsia dengan restu dari Tok Wan, atuk Ainnura. Mereka hidup bahagia sehinggalah rahsia mereka terbongkar. Kedua-dua keluarga berusaha memisahkan rumahtangga anak-anak mereka. Akhirnya, Faith terpaksa menceraikan Ainnura dan membawa diri masing-masing

Beberapa tahun berlalu, mereka bertemu kembali. Faith berusaha merebut hati Ainnura. Namun Ainnura terpaksa keraskan hati kerana takut perkara lama berulang kembali. Sementelah dia mempunyai Fawwaz dalam hidupnya. Hati Ainnura masih inginkan Faith cuma Ainnura memberi syarat, sekiranya mereka ingin bersama semula, keluarga mereka hendaklah berbaik semula. Berjayakah usaha mereka dan mampukah dua keluarga yang bermusuh akan kembali berdamai.


Rindu Yang Terlarang