,

Ikut Jejakmu (TV1)

November 07, 2019

Ikut Jejakmu

Saksikan telefilem istimewa sempena Maulidur Rasul bertajuk 'Ikut Jejakmu' pada Sabtu, 9 November pukul 9 malam di TV1.

JUDUL : IKUT JEJAKMU
WAKTU SIARAN : Sabtu, 9 November 2019, 9:00 malam
SIARAN TV : TV1 (RTM)
PENGARAH : Amie Maziah
PRODUKSI : Arie Zaharie Production
PELAKON : Amir Nafis, Azhan Rani, Lia Natalia, Adik Adib Haziem Johan, Awang Karim Abdul Kadir, Datu Hazriel Datu Atik

SINOPSIS IKUT JEJAKMU
Kisah realiti masyarakat di sebuah perkampungan atas air yang didiami oleh kaum Bajau Laut di Sabah. Pada zaman awalnya penduduk di sini tiada beragama dan telah didatangi oleh beberapa pendakwah Islam.

Salah seorang pendakwah yang sampai di sini ialah Ustaz Yusof. Walau bagaimanapun, usaha Ustaz Yusof mengajak masyarakat di sini menerima Islam telah gagal dan beliau telah terbunuh. Surau yang dibinanya telah dibakar dan dia terkorban bersama beberapa orang yang sedang bersolat di situ. Salah seorang yang turut terkorban ialah ibu kepada Udin, isteri kepada Marwan.

Marwan seorang yang tidak mahu menerima Islam dan sangat berdendam kepada pendakwah terutama yang dinamakan 'ustaz'.

Beberapa tahun kemudian Ustaz Firdaus telah datang ke kampung tersebut dengan tujuan menurut jejak ayahnya Ustaz Yusof. Ustaz Firdaus merahsiakan bahawa dia adalah anak kepada Ustaz Yusof kerana Ustaz Firdaus sudah mengetahui bahawa usahanya juga mungkin akan gagal.

Ustaz Firdaus mula mengajak masyarakat kampung itu untuk mendekatkan diri dengan agama secara berdiplomasi dan menyesuaikan diri dengan adat resam masyarakat di situ. Pak Masdil ialah bapa kepada Marwan merupakan ketua kampung di situ yang menerima Islam dan bersama-sama mengajak masyarakatnya menjalani kehidupan cara Islam.

Jumlah masyarakat perkampungan air itu telah semakin bertambah memenuhi surau. Udin juga sudah pandai mengaji Al-Quran, bersolat dan melafazkan azan. Marwan tidak senang hati apabila ramai penduduk di situ sudah mulai bersolat dan mendekati Islam.

F O L L O W →

You Might Also Like

1 comments

recent posts

Facebook

Follow