,

Sinopsis “Dato” S (Astro First)

November 05, 2019

Dato S

Filem Televisyen (FTV), “Dato” S lakonan Kamal Adli, Puteri Aisyah, Fikry Ibrahim dan Zulin Aziz  boleh dilanggan Astro First Eksklusif pada harga RM15.

JUDUL : “Dato” S
TARIKH TAYANGAN : 24 Oktober 2019 
SIARAN TV : AstroFirst Eksklusif (saluran 480)
IDEAL ASAL : Nabil Ahmad
PENGARAH : Shahrol Esham
PRODUKSI : KMN Production & Cinemalaya
PELAKON : Kamal Adli, Puteri Aisyah, Fikry Ibrahim, Zulin Aziz, Jalaluddin Hassan

SINOPSIS "DATO" S
Mengisahkan Sazali (Kamal Adli) seorang jurujual yang kerap menipu orang ramai dengan pelbagai aktiviti ‘scammer’ seperti skim cepatkaya, menawarkan pakej-pakej istimewa untuk menunaikan umrah dan haji ataupun menjalankan ibadah korban, pertandingan gores dan menang, penjualan tanah, penipuanatas talian, skim pelaburan mata wang ‘bitcoin’ dan banyak lagi. Sazali berjaya memperdayakan ramai ahli perniagaan di mana mereka telah membuat pelaburan yang tinggi dan pada usia pertengahan 30-an, Sazali menjadi jutawan dan hidup dengan penuh kesenangan. Namun begitu, setiap penipuan dan aktiviti jenayah yang dilakukan Sazali ini mendapat tentangan isteri beliau (lakonan Zulin Aziz). Sazali alpa dalam dunia baru beliau sehinggakan isteri dan anak meninggalkannya.

Akibat penipuannya, Sazali diekori dua anggota polis iaitu Arman (Fikry Ibrahim) dan Bunga (Puteri Aishah) yang menyamar sebagai rakan kongsi “Dato” S untuk membongkarkan skim penipuannya. Taktik penyamaran yang dilakukan oleh Arman dan Bunga berjaya membuahkan hasil apabila satu demi persatu aktiviti “Dato” S dapat dirungkai. Apakah langkah seterusnya yang harus dilakukan si ‘con-man’ Sazali ini? Bagaimanakah pula pengakhiran cerita beliau?


F O L L O W →

You Might Also Like

0 comments

recent posts

Facebook

Follow