,

Drama Dia Pengantinku (TV1)

October 21, 2019

Dia Pengantinku

Saksikan drama adaptasi novel Dia Pengantinku karya Nurfaza Alisya di TV1 bermula 24 Oktober 2019, setiap Khamis hingga Ahad pukul 7 malam. Menampilkan gandingan pelakon Saharul Ridzwan, Mawar Rashid, Azrel Ismail dan Tisha Shamsir,

JUDUL : DIA PENGANTINKU
EPISOD : 26 episod
TARIKH TAYANGAN : 24 Oktober 2019
WAKTU SIARAN : Khamis-Ahad, 7:00 malam
SIARAN TV : Slot Widuri TV1 (RTM)
PENGARAH : Pali Yahya
PRODUKSI : Tekun Resmi Sdn Bhd
PELAKON : Saharul Ridzwan, Mawar Rashid, Azrel Ismail, Tisha Shamsir Alam, Esma Daniel, Aleza Shadan, Catriona Ross, Azhar Amir, Azar Azmi, Elya Miera Ismail, Meor Mohd, Nynaa Harizal, Izzy Reef, Nada Nursyuhada

WATAK PELAKON 
Saharul Ridzwan sebagai Syed Ashraf
Mawar Rashid sebagai Aimi Najwa
Azrel Ismail sebagai Kamil
Tisha Shamsir sebagai Maya
Esma Daniel sebagai Dato Syed Alwi
Elya Miera sebagai Juhana

SINOPSIS DIA PENGANTINKU
Aimi Najwa seorang gadis cantik keturunan Belanda, namun amat payah untuk mencari jodoh. Baginya, kerjayanya lebih penting daripada memikir soal jodoh. Apatah lagi dia bukannya gadis yang pandai memasak.

Jiwa Aimi Najwa bergolak tidak tentu arah. Mengapa lelaki yang pernah menjadi mangsa tengkingannya adalah anak majikannya sendiri? Dan dia juga lelaki yang menyambutnya ketika mahu jatuh pada karnival pengantin, yang dimarahinya kerana melanggarnya ketika keluar dari lif?

Entah di mana harus disorok wajahnya. Namun, Aimi Najwa harus bersabar menghadapinya. Yang penting rahsianya tidak diketahui teman sepejabatnya. Namun telinganya berdesing sebaik terdengar suara gemeresik Syed Ashraf memanggilnya ‘Cik Pengantin’. Gelaran yang paling benci didengarnya.

Rombongan merisik akan datang! Penolakan Aimi Najwa dikenakan syarat oleh abah dan uminya untuk mengenali semula lelaki yang pernah menjadi teman zaman kanak-kanaknya. Cinta monyet yang pernah terjadi antara mereka dahulu. Siapa lagi kalau bukan si chubby Bobo atau nama penuhnya Shahabudin!

Cinta itu hadirnya tanpa diundang. Datangnya tanpa diduga. Itulah yang terjadi kepada Aimi Najwa. Dia senang dengan sikap penyayang yang ditonjolkan Shahabudin. Tanpa sedar ada perasaan yang ‘bertamu’ di hatinya untuk Syed Ashraf. Dua lelaki yang berlainan watak. Namun sikap kedua-dua lelaki ini yang sama membuatkan dia keliru. Kedua-duanya berjiwa lembut dan penyayang.

Dalam resah hati terpaut. Dalam benci ada cinta. Sukar untuk Aimi Najwa menerima kenyataan yang terbongkar. Semakin dia menjauhi insan yang menyintainya, hatinya mula disirami rasa rindu. Diundang pula dengan rasa cemburu terhadap Tengku Elisa yang semakin rapat dengan insan yang telah melukai hatinya.

Dia keliru, adakah ini yang dinamakan cinta? Siapa yang Aimi Najwa cintai? Siapa yang harus dia pilih? Shahabudin atau Syed Ashraf?

Pelakon Dia Pengantinku

F O L L O W →

You Might Also Like

0 comments

recent posts

Facebook

Follow