Misteri Akil Balik (TV3)

Misteri Akil Balik

Saksikan telefilem seram komedi bertajuk Misteri Akil Balik di slot Cerekarama TV3 pada Sabtu ini jam 9:30 malam. 

JUDUL : MISTERI AKIL BALIK
WAKTU SIARAN : Sabtu, 21 September 2019, 9:30 malam 
SIARAN TV : Slot Cerekarama TV3
SKRIP : Norsyiella Annuar
PENGARAH : Amie Maziah
PRODUKSI : Pencil Pictures & Records Sdn Bhd
PELAKON : Izzue Islam, Azar Azmi, Aprena Manrose, Wanna Ali, Faiz Tapaw, Akmal Ahmad, Emma Latah, Mam Syida

SINOPSIS MISTERI AKIL BALIK
Kemunculan Akil di kampung halamannya semula telah menimbulkan persoalan orang kampung. Malah mereka merasakan sejak adanya Akil di kampung itu pelbagai perkara misteri berlaku. Terutamanya dua orang pemuda kampung yang nakal iaitu Oden dan Ucop kerana mereka merasakan sejak Akil muncul, Hani, Hanim dan Hanum sering tergila-gilakan Akil. Mereka berdua rasa tergugat.

Akil mebuka gerai menjual sate dan sering mendapat perhatian pelanggan kerana satenya sedap. Akil akan menutup gerainya sebelum jam 12 tengah malam. Hal itu membuatkan Oden dan Ucop makin musykil dan mereka mengatakan Akil membela hantu. Malah satenya yang sedap itu sebenarnya telah diletakkan sesuatu. Namun ada sejarah tersembunyi di sebalik kepulangan Akil ke kampung itu, langsung merungkai misteri sebenarnya.