Demi Mira (TV2)

Demi Mira

Saksikan telefilem 'DEMI MIRA’ pada 27 September 2019, 9.30 malam di saluran TV2. Telefilem arahan Mior Hashim Manap dan dibintangi oleh Ika Nabila, Riz Amin dan Jay Iswazir.

JUDUL : DEMI MIRA
WAKTU SIARAN : Jumaat, 27 September 2019, 9:30 malam
SIARAN TV : TV2 (RTM)
PENULIS SKRIP : Maizura Hj Ederis
PENGARAH : Mior Hashim Manap
PRODUKSI : Al Kahfi Pictures
PELAKON :  Ika Nabila, Rizz Amin, Jay Iswazir, Chekem Mirza

SINOPSIS DEMI MIRA
Kisah dugaan yang dihadapi oleh seorang isteri apabila suaminya didapati bersalah terlibat dengan kegiatan jenayah. Dia tabah dan sabar ketika sisuami menjalani hukuman.

Sulaiman yang sedang mencari kerja ditawarkan bekerja oleh Joe di sebuah bengkel kereta. Mira bersyukur dengan rezeki suaminya dan dapat menampung persekolahan anak mereka, Anis.

Sulaiman sering disuruh membawa kenderaan tertentu tanpa mengetahui yang dia sebenarnya memandu kenderaan curi untuk satu sindiket. Beliau cuba berhenti setelah mengetahuinya namun gagal mencari kerja lain.

Akhirnya kerja haram yang dilakukan mereka tidak bertahan lama dan Sulaiman ditangkap. Sulaiman telah dijatuhkan hukuman manakala Mira mengambil keputusan untuk pulang ke kampung.

Mira meneruskan kehidupan dengan menjual kuih di warung ibunya. Anis mengharapkan untuk dipertemukan dengan ayahnya setelah rindu akibat lama terpisah.

Ketua sindiket pula mengarahkan ahlinya membunuh Sulaiman. Apakah nasib Sulaiman dan keluarganya?