Takkan Gentar (TV3)

Takkan Gentar

Sakiskan telefilem Takkan Gentar arahan Dato Ahmad Tamimi Siregar di slot cerekarama 24 Ogos 2019, jam 930 malam di TV3.

JUDUL : TAKKAN GENTAR
WAKTU SIARAN : Sabtu, 24 Ogos 2019, 9:30 malam
SIARAN TV : Slot Cerekarama TV3
PENULIS SKRIP : Adza Emie
PENGARAH : Dato Ahmad Tamimi Siregar
PRODUKSI : Mache All Star United Sdn Bhd
PELAKON : Nafiz Muaz, Eman Manan, Fauzi Nawawi, Laila Nasir, Zarina Zainuddin, Kuza (Tengku Sariza), Zulkifli Salleh

SINOPSIS TAKKAN GENTAR
Omar Ali, seorang jurulatih kampung, gigih mengilap bakat pelajar OKU (disleksia), Ibrahim, menjadi atlet sekolah hingga ke kebangsaan. Setiap hari Omar akan berulang-alik menjemput Ibrahim untuk berlatih berlari. Banyak masa Omar dihabiskan melatih Ibrahim menyebabkan hubungannya dengan isteri semakin renggang.

Namun ibu Ibrahim, Suri tidak bersetuju apabila Omar ingin melatih anaknya menjadi atlet, kerana dia tidak yakin dengan kemampuan Ibrahim. Hingga dia tidak lagi membenarkan Ibrahim berjumpa dengan Omar kerana dia mahu anknya hanya berjaya dalam pelajaran dan pandai membaca. Namun Omar tidak berputus asa memujuk Suri untuk melepaskan Ibrahim terus berlatih dengannya dan dalam masa yang sama dia akan menitik beratkan pelajaran Ibrahim.

Pelakon Takkan Gentar
Pelakon telemovie Takkan Gentar