Sesalan Terakhir (TV3)

Sesalan Terakhir

Saksikan telefilem Sesalan Terakhir lakonan Jasmin Hamid, Sara Ali, Faizal Hussein dan Hafiz Nolan pada 17 Ogos, Sabtu pukul 9:30 malam.

JUDUL : SESALAN TERAKHIR
WAKTU SIARAN : Sabtu, 17 Ogos 2019, 9:30 malam
SIARAN TV : Slot Cerekarama TV3
PENULIS SKRIP : Adza Emie & N.E Rossy
PENGARAH : Dato Jurey Latiff Rosli
PRODUKSI : Kembara Sufi Production Sdn Bhd
PELAKON : Jasmin Hamid, Sara Ali, Faizal Hussein, Hafiz Nolan, Yus Waisar, Nor Azifah, Tieta Ennisa, Baby Mia

SINOPSIS SESALAN TERAKHIR
Mengisahkan Natasha merupakan anak tidak sah taraf. Hidupnya tidak seperti orang lain. Dia dipinggirkan orang kampung kerana sikap ibunya, Auni, yang sering menjalinkan hubungan dengan lelaki kaya kerana ingin memiliki kekayaan. Puas Natasha menasihati ibunya supaya kembali ke jalan yang benar.

Natasha rapat dengan Ali. Ali juga yang menjadi tempat dia meluahkan perasaan. Selepas neneknya meninggak dunia, Natasha dan ibunya terpaksa keluar dari rumah itu kerana bapa saudaranya ingin menjual rumah tersebut.

Dengan bantuan Ali, Natasha dan ibunya berhijrah ke Kuantan. Natasha bekerja di hotel yang sama dengan Ali. Bermula sejarah silam apabila ibunya berkahwin dengan pengurus di hotel itu. Namun tidak seindah yang disangkakan, Natasha telah dirogol oleh bapa tirinya yang sebenarnya merupakan pengedar dadah terbesar.