Bukan Lelaki Biasa (TV1)

Bukan Lelaki Biasa

Saksikan telefilem khas sempena hari kemerdekaan di RTM bertajuk Bukan Lelaki Biasa. Dibarisi pelakon seperti Idris Khan, Radhi Khalid, Catriona Brian Ross, Fendry Bakry, Hafeez Mikail dan ramai lagi. Ditayangkan pada 31 Ogos pukul 9 malam di TV1.

JUDUL : BUKAN LELAKI BIASA
WAKTU SIARAN : Sabtu, 31 Ogos 2019, 9:00 malam
SIARAN TV : TV1 (RTM)
PENULIS SKRIP : Lynnda Sharudin & Zyza Backy
PENGARAH : Shuhaimi Lua
PRODUKSI : Tanah Beris Film Production
PELAKON : Idris Khan, Radhi Khalid, Catriona Brian Ross, Fendry Bakry, Hafeez Mikail, Nad Zainal, Aiman Samsul, Ilman Saldi

SINOPSIS BUKAN LELAKI BIASA
Kisah anak-anak Malaysia kacukan Bangladesh yang tebal jiwa patriotiknya walaupun sering dihina perbezaan bangsa, budaya dan asal-usulnya tidak menghalang mereka menjadi anak Malaysia sejati.

Mujahid Delwar, seorang lelaki berasal dari Dhaka yang berhijrah ke Malaysia akibat krisis pengangguran di Bangladesh. Walaupun mempunyai ijazah, di Malaysia Mujahid bekerja sebagai pembantu kedai mamak, pencuci bangunan serta pengawal keselamatan. Namun, akibat sikap lurus dan berterus-terangnya, Mujahid sering dibuang kerja kerana caranya tidak disukai oleh ketuanya. Bagaimanakah kehidupan Mujahid? Mampukah Mujahid memperbaiki kehidupannya?

Pelakon Bukan Lelaki Biasa
Pelakon telemovie Bukan Lelaki Biasa