Terima Kasih Indah (TV1)

Terima Kasih Indah

Saksikan telefilem Terima Kasih Indah lakonan Mimi Ernida, Dazrin Kamarudin, Firdaus Ghufran, Melanie Tan dan ramai lagi pada Sabtu, 13 Julai pukul 9 malam di RTM 1.

JUDUL : TERIMA KASIH INDAH
WAKTU SIARAN : Sabtu, 13 Julai 2019, 9:00 malam
SIARAN TV : TV1 (RTM)
PRODUKSI : RFC Sdn Bhd
PELAKON : Mimi Ernida, Kapt. Khir Mohd Noor, Dazrin Kamarudin, Firdaus Ghufran, Nadzmi Adhwa, Melanie Tan

SINOPSIS TERIMA KASIH INDAH
Kisah Indah, seorang guru ditempatkan di sebuah sekolah menengah di kawasan pedalaman negeri Perak. Sesampainya Indah di kampung tersebut dia sudah menjadi tertekan kerana tempat tinggalnya yang hanya rumah papan dengan nyamuk dan bunyi cengkerik serta cicak.

Indah meminta bantuan papanya untuk ditempatkan di mana-mana sekolah sekitar Kuala Lumpur.  Namun, permohonan Indah itu tidak dilayan oleh bapanya kerana dia mahu Indah belajar makna kesusahan hidup di kawasan pedalaman.

Bagaimana dengan kehidupan Cikgu Indah di pedalaman yang jauh bezanya dengan Kuala Lumpur? Di tambah pula dengan perangai anak muridnya yang suka menyakat iaitu Khairi, Amri dan Salehuddin.

Pelakon Terima Kasih Indah
Pelakon telemovie Terima Kasih Indah