Ombak Rindu The Series (Iflix)

Ombak Rindu The Series

Iflix bakal membawakan siri mini Ombak Rindu yang menampilkan pelakon seperti Remy Ishak, Izara Aishah, Diana Danielle, Hanna Aqeela, Fahrin Ahmad dan Uqasha Senrose. Drama adaptasi dari novel trilogi terlaris Fauziah Ashari. Ombak Rindu The Series boleh ditonton secara percuma di iflix bermula 5 Disember 2019.

JUDUL : OMBAK RINDU THE SERIES
EPISOD : 4 episod
PLATFORM: iflix
PENGARAH : Osman Ali
PRODUKSI : Infinitus Entertainment
PELAKON : Remy Ishak, Izara Aishah, Diana Danielle, Hanna Aqeela, Uqasha Senrose, Fahrin Ahmad, Hilal Azman, Zaki Azeman, Nora Danish, Jasper Supayah, Daniella Sya, Nazrief Nazri, Shah Iskandar, Badrul Muhayat, Halim Radzi, Adam Corrie, Isaac Iman, Nik Adam Mika, Zatun Maharah, Kenji Sawahii 

WATAK PELAKON
Remy Ishak sebagai Hariz
Izara Aishah sebagai Izzah
Diana Danielle sebagai Mila
Uqasha Senrose sebagai Fatin Hazirah
Hanna Aqeela sebagai Elin
Halim Radzi sebagai Salleh
Hilal Azman sebagai Pak Mok / Taha
Nazrief Nazri sebagai Aidil
Adam Corrie Lee sebagai Roland
Daniella Sya sebagai Sandra
Jasper Supayah sebagai Fatin
Zatun Maharah sebagai Mak Mah
Kenji Sawahii sebagai Datuk Yeo

LAGU TEMA 
Tajuk : Gelora Rindu
Penyanyi : Ezad Lazim & Idayu
Komposer & Lirik : Nurzaidi Abdul Rahman

SINOPSIS OMBAK RINDU
Kisah trilogi dari adaptasi bersiri Cinta Tiada Akhirnya (Ombak Rindu 2) dan Rindu Cintaku (Ombak Rindu 3), yang berkisar tentang perjalanan Hariz dan Izzah menempuhi onak ranjau percintaan setelah rahsia gelap muncul kembali.

Hubungan erat Hariz dan Izzah terlerai apabila salah faham menjadi perbalahan. Pak Mok, pemandu peribadi Hariz yang merancang semuanya telah berjaya menculik Izzah. 



Ombak Rindu iflix