Muzikal Lawak Superstar

Muzikal Lawak Superstar

Program realiti muzikal komedi, Muzikal Lawak Superstar bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil mulai 28 Jun, setiap hari Jumaat jam 9.00 malam selama 10 minggu di Astro Warna saluran 132 dan Warna HD saluran 124.

Muzikal Lawak Superstar menggandingkan 14 kumpulan yang terdiri daripada 42 peserta di mana setiap kumpulan akan diwakili oleh dua orang pelawak dan seorang pelakon / penyanyi / selebriti popular.

Program ini dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Nabila Huda akan menyaksikan penglibatan pelawak dan artis tanah air seperti Elly Mazlein, Achey, Fad dan Abam Bocey, Shura, Ain Endruce, Black, Tomok, Ali dan Mamak Puteh, Rahim, Tauke, Khir Rahman, Sharif dan Atu Zero dan ramai lagi.

Persembahan akan dinilai oleh tiga juri profesional iaitu Datuk Awie, Nora Danish dan Altimet dengan peruntukan peratusan sebanyak 50% oleh juri dan 50% pemarkahan lagi akan ditentukan oleh penonton menerusi undian SMS dan secara atas talian melalui lawam sesawang www.muzikallawaksuperstar.gempak.com