Drama Lelaki Itu Untukku (TV2)

Lelaki Itu Untukku

Drama adaptasi novel Lelaki Itu Untukku karya Mazni Aznita mula ditayangkan di RTM 2 bermula 2 Julai 2019. Menampilkan lakonan Risteena Munim, Azam Pitt dan Taib Zamannuri. Disiarkan setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 8:30 malam.

JUDUL : LELAKI ITU UNTUKKU
EPISOD : 13 episod
TARIKH TAYANGAN : 2 Julai 2019
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 8:30 malam
SIARAN TV : Selektra Prima TV2 (RTM)
PENGARAH : Haizul
PRODUKSI : Times United Industries Sdn Bhd
PELAKON : Risteena Munim, Azam Pitt, Zamarul Hisham, Marisa Yasmin, Taib Zamannuri, Nina Smith, Hairie Othman, Balqish Nordin

WATAK PELAKON
Risteena Munim sebagai Orked Harlina
Azam Pitt sebagai Idlan Riyaz
Zamarul Hisham sebagai Hamdan
Marisa Yasmin sebagai Maria
Taib Zamannuri sebagai sebagai Tengku Emery Iskandar
Nina Smith sebagai Nadya

SINOPSIS LELAKI ITU UNTUKKU
Mengisahkan Orked Harlina, anak tunggal ayahnya Hamdan, tetapi tidak pernah diberi kasih sayang oleh ayahnya yang jelas membencinya. Ayahnya berkahwin dengan Maria yang mempunyai seorang anak lelaki bernama Idlan Riyan.

Kehadiran Idlan Riyan yang pulang ke Malaysia telah mengubah segalanya. Idlan telah memberikan kasih sayang sebagai seorang abang kepada adik tirinya. Di situ timbul lah rasa cinta Orked kepada Idlan. Namun Idlan merahsiakan sesuatu sejak kepulangannya itu. 

Melalui Idlan Riyaz, Orked mengenali Tengku Emery Iskandar, si playboy yang kerek. Bagi Orked Riyaz lebih sempurna dan penyayang berbanding Tengku Emery Iskandar. Cuma dalam tidak kesempurnaan Tengku Emery Iskandar di matanya, lelaki itu punya hati nurani yang luhur.