Dendam Kasih Ayah (TV3)

Dendam Kasih Ayah

Saksikan telefilem Dendam Kasih Ayah arahan Bade Hj. Azmi pada Sabtu, 20 Julai pukul 10 malam di TV3. 

JUDUL : DENDAM KASIH AYAH
WAKTU SIARAN : Sabtu, 20 Julai 2019, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot Cerekarama TV3
PENGARAH : Bade Hj. Azmi
PRODUKSI : Qaisworks Production
PELAKON : Izzy Reef, Daniel El Arash, Arash Mohd, Watie Sadali, Dilla Ahmad, Muhammad Adam, Engku Helmy, 

SINOPSIS DENDAM KASIH AYAH
Dendam dan baran yang dimiliki oleh Amin mendorong dirinya untuk berjumpa ayah kandungnya, Hasyim yang telah lama meninggalkan Amin dan ibunya.  Walaupun setiap bulan dia dan ibunya menerima kiriman wang dan surat, namun Amin tetap marah dengan ayahnya kerana langsung tidak menjenguk mereka sejak kerja di bandar.

Dendam Amin makin membara apabila ibunya meninggal dunia kerana tekanan perasaan dan mengalami kemurungan memikirkan ayahnya. Berbekalkan surat yang dikirimkan ayahnya, Amin nekad menjejaki ayahnya di bandar dan bertemu dengan Ash, seorang gelandangan . Amin terkesan dengan cara hidup Ash yang dibuang sejak kecil lagi. Namun Ash sedikit pun tidak pernah berdendam dengan ibu bapa kandungnya. Ego Amin kian goyah.

Misi mencari ayah Amin diteruskan dan dia berjaya menemui tempat tinggal ayahnya. Terpegun Amin melihat mewahnya kawasan rumah itu. Amin terkedu apabila dapat tahu kebenaran yang diselindungkan selama ini.