,

Wakaf Dosa (TV3)

June 07, 2019

Wakaf Dosa

Saksikan telefilem Wakaf Dosa lakonan Dato Rosyam Nor, Izzue Islam, Farahdhiya, Sweet Qismina pada 8 Jun (Sabtu) pukul 9 malam di TV3.

JUDUL : WAKAF DOSA
WAKTU SIARAN : Sabtu, 8 Jun 2019, 9:00 malam
SIARAN TV : Cerekarama TV3
PENGARAH : Feroz Kader
PRODUKSI : Suhan Movies & Trading Sdn Bhd
PELAKON : Dato Rosyam Nor, Izzue Islam, Farahdhiya, Sweet Qismina, Nazafee, Adriana, Awie Dean, Daniell Fiq, Meor Mohd,

SINOPSIS WAKAF DOSA
Bakri Zain merupakan seorang pelakon yang memenangi banyak anugerah dan rezekinya tidak pernah putus. Dalam masa yang sama Danial Muhaimin seorang pelakon terkenal yang mula mencemburui Bakri apabila sering dibanding-bandingkan. Daniel bertambah marah apabila festival filem terpaksa menarik keluar namanya dan memilih Bakri Zain sebagai calon untuk kategori pelakon lelaki terbaik. Sejak dari itu, hasad dengki mula muncul dalam diri Daniel.

Puteri Najwa merupakan anak sulung Bakri kini dan sedang mengambil Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). Najwa ingin mengejar impiannya menyambung pelajaran di Universiti Al Azhar. Berbeza dengan kejayaan ayahnya yang lebih menjurus ke ‘Dunya’, Najwa pula menjadikan ‘Akhirat’ sebagai titiannya untuk ke syurga. Namun, Najwa tidak pernah sesekali meragui atau ‘judgemental’ pada ayahnya.

Suatu hari, sebuah video skandal seks Bakri Zain bersama dua orang perempuan viral di media sosial. Bakri terduduk dan terkelu apabila mendapat tahu tentang video itu. Bakri puas berfikir siapa yang sanggup memfitnah dan menganiayainya. Itu merupakan titik permulaan kehancuran ‘Bakri Zain’. Bakri mula tersedar yang dirinya jauh daripada Allah. Baginya agama itu adalah sekadar tanggungjawab terhadap keluarga sahaja tapi bukan untuk dirinya.

F O L L O W →

You Might Also Like

0 comments

recent posts

Facebook

Follow