,

Samad Tedung (TV3)

June 03, 2019

Samad Tedung

Telefilem Samad Tedung arahan Shuhaimi Lua akan ditayangkan pada Raya kedua pukul 11:00 pagi di TV3.

JUDUL : SAMAD TEDUNG 
WAKTU SIARAN : Khamis, 6 Jun 2019, 11:00 pagi 
SIARAN TV : TV3 (Istimewa Aidilfitri)
PENULIS SKRIP : Adza Emie
PENGARAH : Shuhaimi Lua Abdullah
PRODUKSI : Tanah Beris Productions Sdn Bhd
PELAKON : Faizal Hussein, Watie Sadali, Amar Asyraf, Sweet Farhana, Marissa Yasmin, Syed Muhammad Irfan, Azam Pitt, Ali Reza, Fatin Nabila Mesya, Amirul Syafiq Yusof, Faha Azhar

SINOPSIS SAMAD TEDUNG 
Samad, digeruni oleh orang kampung kerana sikapnya yang bengis. Oleh itu, dia digelar 'Samad Tedung'. Malah anak-anaknya juga pasti dipukul walaupun hanya melakukan kesilapan yang kecil. Isterinya Rusmila sentiasa bersabar dengan sikapnya walaupun ahli keluarganya sering mendesak supaya dia meninggalkan Samad. Kehidupan Samad berubah apabila isterinya meninggal dunia. Anak-anak mula mengabaikan Samad kerana terkesan dengan sikap Samad ke atas mereka. Namun Samad merasai kasih sayang seorang kanak-kanak yang merupakan cucu kepada jirannya.

F O L L O W →

You Might Also Like

1 comments

  1. cerita ni betul-betul sama dengan keluarga aku. Perlakuan dan tutur kata Samad. Babak anak lelaki Samad keluar dari rumah. semuanya 100% sama dengan apa yang kami alami.
    Kepada penulis dan pengarah, juga pelakon, korang intai kami ke? Macam mana boleh sama ni? Terkejut aku tengok cerita ni pagi tadi.
    Doakan ayah aku (perangai sama macam Samad) dengan ibu aku (macam isteri Samad, sabar), doakan kesejahteraan keluarga kami.
    Tahniah kepada semua yang terlibat dalam movie ni. Sebijik dan sejibik macam kami. Aku betul-betul terkesan. Tahniah semua.

    ReplyDelete

recent posts

Facebook

Follow