Sakit Otak Sis (S.O.S)

Sakit Otak Sis

Drama empat episod bertajuk 'Sakit Otak Sis (S.O.S)' akan bersiaran mulai 5 Jun, pukul 1.30 petang di TV2 manakala di TV1 mulai 6 Jun, pukul 11 malam.

JUDUL : SAKIT OTAK SIS (S.O.S)
EPISOD : 4 episod
SALURAN TV1 : 5-8 Jun 2019, 1.30 petang
SALURAN TV2 : 6-9 Jun 2019, 11:30 malam
SKRIP : Mike Mourinho
PENGARAH : Muhamad Ikhsan Sukiman
PRODUKSI : Unit Drama TV RTM
PELAKON : Tasha Shila, Syafnida Shuhaimi, Ziha Salleh, Hasnul Rahmat, Fadilah Mansor, Fathil Dani, Ken Ridzuan, Mon Ryanti, Syed Ali, Sky Kyoji

SINOPSIS SAKIT OTAK SIS (S.O.S)
Kisah Farah, Fatin dan Firzana merupakan tiga adik-beradik yang dibesarkan mengikut aturan ibu mereka, Mak Lang. Mak Lang berfikiran konservatif dan sangat percaya bahawa susun aturnya adalah untuk kebaikan bersama anak-anaknya.

Di antara kesemua anaknya, Mak Lang paling risau terhadap Farah kerana masih lagi belum bertemu jodoh. Mak Lang bertegas bahawa konsep ‘langkah bendul’ tidak dibenarkan dalam hidup mereka walaupun Fatin dan Firzana sudah mempunyai kekasih hati.

Farah sudah puas menjelaskan konsep ‘hadiah’ seandainya adik-adiknya kahwin dahulu namun Mak Lang tetap berdegil. Mereka semua akur dengan kehendak Mak Lang, termasuklah Pak Lang yang merupakan suami kepada Mak Lang.

Syawal menjelma dan Farah menjadi tertekan kerana perlu memikirkan alasan untuk menjawab soalan rutin ketika Hari Raya Aidilfitri, ‘Bila nak kahwin?’. Adik-adiknya pula kekal dengan alasan lama, ‘Tunggu kakak kahwin dulu’. Keadaan menjadi rumit apabila kekasih Fatin meluahkan hasratnya untuk melamar Fatin pada hari raya nanti.