Kecoh Malam Raya (TV1)

Kecoh Malam Raya

Saksikan telemovie komedi "Kecoh Malam Raya" di TV1 pada 07 Jun (Jumaat) Raya Ketiga pukul 9.00 malam dan ulangan pada 09 Jun (Ahad) Raya Kelima pukul 10.05 pagi. Selamat menonton dan Selamat Hari Raya Aidilfitri.

JUDUL : KECOH MALAM RAYA
WAKTU SIARAN : Jumaat, 7 Jun 2019, 9:00 malam 
SIARAN TV : TV1 (RTM)
PENULIS SKRIP : Tok Uban
PENGARAH : Manchi
PRODUKSI : The First Post Studio Sdn Bhd
PELAKON : Johan As'ari, Sasqia Dahuri, Bohari Ibrahim, Faiz Tapau, Zulkifli Mohd Salleh, Fanna Azizan, Afiq Azman, Firdaus Ghufran, Nik Alias Seman

SINOPSIS KECOH MALAM RAYA
Empat sahabat yang pulang ke kampung untuk berhari raya tetapi terpaksa berhadapan dengan kejutan penularan sejenis wabak 'Zombie' yang telah melanda penduduk kampung!

Kecoh! Seekor tikus ujian yang disuntik dengan sejenis virus telah hilang. Keadaan di kampung menjadi huru-hara apabila semakin ramai zombie muncul akibat wabak tersebut yang telah menular.