,

Sinopsis Gostan (Astro First)

June 30, 2019

Gostan

Astro First Eksklusif hadir dengan telefilem komedi arahan Nabil Ahmad bertajuk Gostan. Menampilkan lakonan Hazama, Hisham Hamid, Ajak Shiro dan Zalif Sidek bergandingan dengan pelakon cilik Wafiy, Akhbar, Syamim dan Aniq. Langganan RM10 di saluran 480 (Astro First Eksklusif) dan On Demand.

JUDUL : GOSTAN
TARIKH DISIARKAN : 15 Jun 2019
SIARAN TV : Astro First Eksklusif (saluran 480)
PENULIS SKRIP : Arbi Suffian bin Rozlan
PENGARAH : Nabil Ahmad
PRODUKSI : KMN Productions Sdn. Bhd
PELAKON : Hazama, Hisyam Hamid, Ajak Shiro, Zalif Sidek, Syamim Razii, Wafiy Johan, Aniq Iffat, Akhbar Latefi, 

SINOPSIS GOSTAN
Mengisahkan pengembaraan komedi nostalgia yang merentasi tiga generasi tentang seorang ahli sains yang mengubah masa lalu rakan-rakan baiknya dengan menggunakan mesin masa. 

Persahabatan 4 sekawan sejak umur mereka 7 tahun lagi . Cerita bermula dengan 3 orang kawan iaitu Pomi, Wok dan Munir. Mereka sangat menantikan bulan Ramadhan dan Syawal yang bakal muncul. 

Ketiga-tiga mereka mempunya karakter yang berbeza namun misi mereka sama, iaitu untuk mengumpul seberapa banyak duit raya yang boleh semasa hari raya. Ketika hari raya mereka telah mengembara sekitar kampung bagi mengutip duit raya sehinggalah mereka terjumpa seorang budak sebaya yang sedang mengutip tin dan mengumpul kotak di hari raya. Mereka berasa terharu selepas budak pengemis itu tidak dapat merasai kemeriahan raya disebabkan keadaan hidupnya.

Gostan astro first

Mereka bertiga telah bersepakat untuk bersama-sama membantu Muksin, budak pengemis yang baru mereka kenal itu. Mereka berempat meraikan semangat raya bersama-sama dan menjadi akrab. Muksin telah diterima sebagai anak angkat seorang profesor / saintis di kampung mereka.

Persahabatan mereka itu kekal terjalin sehinggalah mereka melangkah ke sekolah menengah. Zaman persekolahan mereka penuh nostalgia dan sukar dilupakan. Sehinggalah di hujung persekolahan, Pomi , Wok dan Munir bersedih kerana Muksin bakal meninggalkan mereka untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara.

19 tahun berlalu, Pomi, Wok dan Munir sudah mempunyai kerjaya dan keluarga masing-masing. Namun, kehidupan mereka masing-masing mempunyai masalah yang tersendiri. Kepulangan Muksin dari luar negara sempena majlis “reunion” telah membuatkan mereka bertiga teruja untuk berjumpa semula Muksin.

Pelakon Gostan

Pertemuan mereka bertiga dengan Muksin pada malam “reunion” telah menjadi titik permulaan terhadap perubahan hidup mereka. Muksin yang telah berjaya dalam hidupnya setia mendengar luahan hati Pomi, Munir dan Wok tentang masalah kehidupan mereka. Beliau berasa terpanggil untuk membantu kehidupan rakan-rakannya.

Muksin kemudiannya menggunakan mesin masa untuk kembali ke masa lampau dan cuba mengubah nasib hidup rakan-rakannya. Muksin cuba mengubah takdir rakan-rakannya, namun niat beliau tidak disukai rakan-rakannya. Bolehkah mereka kembali semula ke masa kini, tanpa ada sebarang perubahan dan yang paling penting, berjumpa semula keluarga masing-masing?

/div>

F O L L O W →

You Might Also Like

0 comments

recent posts

Facebook

Follow