Cinta Paling Indah (TV2)

Cinta Paling Indah

Saksikan telefilem Cinta Paling Indah lakonan Aliff Aziz, Aprena Manrose dan Nadia Brian pada 21 Jun ini (Jumaat), pukul 9.30 malam di TV2.

JUDUL : CINTA PALING INDAH
WAKTU SIARAN : Jumaat, 21 Jun 2019, 9.30 malam
SIARAN TV : Slot Citra TV2 (RTM)
PENGARAH : Shirin Hj Khuzaimi
PELAKON : Aliff Aziz, Nadia Brian, Aprena Manrose, Mustaqim Bahadon, Beego, Didi Astillah

SINOPSIS CINTA PALING INDAH
Kisahnya tentang pengorbanan dan cabaran dalam percintaan serta penghijrahan hidup watak utama bernama Raes. Raes digambarkan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencari jalan kehidupan sebenar apabila Yazid disahkan meninggal dunia selepas mereka terlibat dalam kemalangan jalan raya. 

Raes mengambil keputusan untuk mencari hidayah dengan belajar di sekolah pondok dan mengecewakan kekasihnya, Latifah. Raes meyakinkan Latifah sekiranya ada jodoh, pasti mereka bertemu lagi. 

Raes berkenalan dengan Damiah, gadis yang diselamatkannya ketika lemas. Damiah pula dihantui kisah silam dengan sikap abang tirinya, Sufian yang sering cuba mencabulnya sehingga akhirnya Damiah kecundang dinodai Sufian. 

Raes cuba untuk menutup aib Damiah dengan mengahwininya. Latifah kecewa apabila disahkan mengidap kanser tulang. Beliau menuntut janji Raes untuk berkahwin dengannya.

Pelakon Cinta Paling Indah
Pelakon drama Cinta Paling Indah