Tiga Lima (TV3)

Tiga Lima tv3

Jangan lupa saksikan telefilem Tiga Lima arahan Ferz Kader pada 26 Mei, Ahad, jam 10.00 malam di TV3.

JUDUL : TIGA LIMA
WAKTU SIARAN : Ahad, 26 Mei 2019, 10:00 malam 
SIARAN TV : Cereka Ahad (TV3)
PENULIS SKRIP : Eenaz Mokhtar
PENGARAH : Feroz Kader
PRODUKSI : FJ Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Jay Nazif, Arash Mohamad, Zila Bakarin, Riz Amin, Indah Emeerlda, Airil Azimi

SINOPSIS TIGA LIMA
Halim, baru kematian ayahnya, Daud. Kini ibunya, Hasnah perlu menyara mereka berdua. Hasnah terjumpa buku tiga lima Daud yang tercatat hutang piutang Daud yang masih belum dilangsaikan. Hasnah berhempas pulas mencari wang untuk melangsaikan hutang arwah suaminya. Halim yang melihat kesusahan ibunya itu nekad mencari duit demi menyara mereka.

Sewaktu Halim ke Masjid, Halim terdengar ceramah Ustaz Zali, menyampaikan mengenai orang yang meninggal tanpa sempat melunaskan hutang, maka orang itu tidak dapat masuk syurga. Lantas, Halim mula mengerah tenaga untuk mencari wang dengan melakukan pelbagai kerja sambilan namun sering difitnah bahawa duit yang dia dapat itu adalah duit dari hasil kerja haram.