Sinar Ramadan Untuk Amanda (TV3)

Sinar Ramadan Untuk Amanda

Saksikam telefilem Sinar Ramadan Untuk Amanda lakonan Awal Ashaari, Nina Iskandar, Khatijah Tan dan adik Arissa yang bersiaran di slot Cereka Ahad TV3 pada Ahad, pukul 10 malam.

JUDUL : SINAR RAMADAN UNTUK AMANDA
WAKTU SIARAN : Ahad, 19 Mei 2019, 10:00 malam
SIARAN TV : Cereka Ahad (TV3)
PENULIS SKRIP : Nik Noor Nabilah
PENGARAH : Heykal Hanifah
PRODUKSI : Luqsar Kreatif Sdn Bhd
PELAKON : Awal Ashaari, Nina Iskandar, Naura Arissa, Khatijah Tan, Faezah Elai, Rahim Jailani

SINOPSIS SINAR RAMADAN UNTUK AMANDA
Mengisahkan Sofea dan Idham yang berkahwin hampir tiga tahun, tetapi belum mempunyai anak. Ibu Idham, Datin Suraya mula membenci Sofea.

Tiba-tiba rezeki datang apabila Sofea disahkan hamil. Datin Suraya mula menerima kembali Sofea. Sofea disahkan hamil anak kembar. Perkara ini menggembirakan lagi Datin Suraya. Ketika kandungan Sofea lapan bulan, Idham terpaksa ke luar negara selama dua minggu kerana urusan kerja.

Tanpa diduga, ketika itu juga Sofea bersalin. Malang menimpa apabila seorang bayinya meninggal. Seorang lagi selamat tetapi disahkan mempunyai penyakit 'sindrom down'. Datin Suraya tidak dapat menerima kehadiran cucunya yang diberi nama, Amanda.

Sofea telah dihalau ibu mertuanya dimana ketika itu suaminya, Idham terlibat dalam kemalangan jalan raya dan menyebabkan hilang ingatan. Sofea telah membesarkan Amanda seorang diri dengan pelbagai dugaan menimpa apabila suaminya telah berkahwin lain kerana Idham tidak mengingati bahawa dirinya pernah berkahwin.