Masihkah Ada Raya Buatku (TV3)

Masihkah Ada Raya Buatku

Jangan lupa saksikan telefilem Masihkah Ada Raya Buatku gandingan Fizz Fairuz dan Nad Zainal pada 1 Jun, Sabtu jam 10.00 malam di TV3.

JUDUL : MASIHKAH ADA RAYA BUATKU
WAKTU SIARAN :  Sabtu, 1 Jun 2019, 10:00 malam
SIARAN TV : Cerekarama TV3
PENULIS SKRIP : Hafiz Yusuf & Baizura Kahar
PENGARAH : Wan Hasliza Wan Zainuddin
PRODUKSI : Kl Motion Picture Sdn Bhd
PELAKON : Fizz Fairuz, Nad Zainal, Qaseh Shuhada, Hadi Putra

SINOPSIS MASIHKAH ADA RAYA BUATKU
Zul tidak lagi menyambut Hari Raya semenjak isterinya, Linda mengidap strok dan lumpuh separuh badan. Kehidupan Zul ditumpukan sepenuhnya bagi menjaga isteri dan membesarkan anak-anaknya di samping melakukan pelbagai pekerjaan harian demi menyara keluarganya. Sesekali Linda teringin untuk berpuasa seperti dulu, tetapi Zul tidak mengizinkan kerana risau menjejaskan kesihatan Linda. Sehinggakan Zul adakalanya mengeluh dan merasakan isterinya hanya perlu duduk di rumah agar tidak menyusahkannya dan anak-anak. Namun, anak-anaknya yang masih kecil tidak memahami penderitaan yang dialami Zul dan mereka cuba mengembalikan kemeriahan raya walaupun dilarang tegas oleh ayah mereka.