Geng Van Jenazah (TV3)

Geng Van Jenazah

Jangan lupa saksikan telefilem Geng Van Jenazah arahan Jamal Khan pada 25 Mei, Sabtu jam 10.00 malam di TV3.

JUDUL : GENG VAN JENAZAH
WAKTU SIARAN : Sabtu, 25 Mei 2019, 10:00 malam
SIARAN TV : Cerekarama TV3
SKRIP : Mejar Zainal Hayat & Zamri Mahmud
PENGARAH : Jamal Khan
PRODUKSI : Cinema Stage Production Sdn Bhd
PELAKON : Tomok, Issey Fazlisham, Elisya Sandha, Aepul Roza, Azhan Rani, Wan Sharmila, Reen Rahim, Che Mat Raja Lawak, Shah Sulaiman, Aleza Shadan

SINOPSIS GENG VAN JENAZAH
Husin merupakan pemandu van jenazah bersahabat baik dengan Mail. Suatu hari Husin menerima panggilan untuk mengambil jenazah Pak Tam yang meninggal dunia akibat makan durian. Husin dan Mail dikehendaki menghantar jenazah Pak Tam ke kampung asalnya. Dalam perjalanan menghantar Pak Tam ke kampung asalnya, Mail menerima panggilan daripada kekasihnya, Sharifah yang ingin berjumpa kerana dipaksa bertunang dengan orang lain. Kerana kesuntukan masa Sharifah dibawa bersama, dan mereka menggunakan jalan pintas. Macam-macam hal dan kejadian berlaku.

Pelakon Geng Van Jenazah
Pelakon telemovie Geng Van Jenazah