Ayyad Aisyah (TV3)

Ayyad Aisyah

Saksikan telefilem Ayyad Aisyah arahan Osman Ali pada Ahad, 2 Jun, pukul 10 malam di TV3. 

JUDUL : AYYAD AISYAH
WAKTU SIARAN : Ahad, 2 Jun 2019, 10:00 malam
SIARAN TV : Cereka Ahad TV3
PENGARAH : Osman Ali
PRODUKSI : Primeworks Studios Sdn Bhd
PELAKON : Ariff (Buntat), Indah Emeerlda, Zamarul Hisham, Watie Sadali, Syazuwan Hassan, Shasha Raman, Zailin Aqeesha, Naz Azmie, Hisham Ahmad Tajuddin

SINOPSIS AYYAD AISYAH
Kisah Ayyad, 12 tahun, merupakan seorang kanak-kanak lembam. Dia cenderung kepada aktiviti berkebun dan meminati bola sepak namun tidak ada kanak-kanak yang mahu bermain dengannya. Ayyad mempunyai seorang adik perempuan, Aisyah, 8. Ayyad sanggup melakukan apa sahaja untuk adiknya begitu juga dengan Aisyah sanggup mempertahankan abangnya setiap kali dibuli. Kehidupan mereka mula dilanda duka apabila mereka dipisahkan setelah ibu bapa mereka meninggal dunia. Mereka terpaksa melalui pelbagai keperitan. Aisyah sentiasa merindui abangnya sehingga dia mengambil tindakan untuk melarikan diri dari rumah keluarga angkatnya untuk mencari abangnya semula.