Sinopsis Filem Tiada Tajuk arahan Mawi

Tiada Tajuk

Mawi bakal muncul dengan filem sulung arahannya berjudul ‘Tiada Tajuk’. Filem ini  merupakan kesinambungan dan olahan semula menerusi telefilem Rock Sangkut yang dilakonan oleh Hazama, Along Cham dan Joey Daud. Filem terbitan Mawi World Entertainment ini bakal ditayangkan di pawagam bermula 4 April 2019.

TAJUK : TIADA TAJUK
Tarikh Tayangan : 4 April 2019
Genre : Islamik Komedi
Pengarah : Asmawi Bin Ani
Terbitan : Mawi World Entertainment
Pelakon : Hazam, Joey Daud, Along Cham, Achey Bocey, Mawi, Ropie, Kamarul Hj Yusof, Amirah Othman, Johan As’ari

SINOPSIS TIADA TAJUK
Mengisahkan 3 orang sahabat dari kampung yang dianggap sebagai 'kutu' yang bercita-cita untuk menjadi artis terkenal. Banyak dugaan yang mereka lalui sepanjang perjalanan mereka mahu bergelar sebagai artis. Persoalannya adakah mereka berjaya menjadi artis yang terkenal? Dan apa yang mereka lalui sepanjang perjalanan mereka.