Sehelai Selendang Putih (TV3)

Sehelai Selendang Putih

Saksikan telefilem Sehelai Selendang Putih lakonan Elizad Sharifuddin, Fahrin Ahmad dan Nad Zainal pada Sabtu ini pukul 9:30 malam di TV3.

JUDUL : SEHELAI SELENDANG PUTIH
WAKTU SIARAN : Sabtu, 27 April 2019, 9:30 malam
SIARAN TV : Slot Cerekarama TV3
PENGARAH : Jet Lee (M Nazir Juhan)
PRODUKSI : Z K Creative Production
PELAKON : Elizad Sharifuddin, Fahrin Ahmad, Nad Zainal, Ika Nabella, Hanani Malika, Faiz Fathullah, Norasyikin

SINOPSIS SEHELAI SELENDANG PUTIH
Mengisahkan Zahra yang tidak dapat menerima kenyataan apabila dia dimadukan kerana dia merasakan dia sudah cukup sempurna, cantik dan mempunyai pendapatan sendiri selaku pengasas produk kecantikan.  Zahra menyimpan dendam kepada suaminya, Anuar dan madunya, Aisyah hingga dia sanggup membiarkan dua orang anaknya merindui ayah mereka.

Namun segalanya berubah apabila dia mengetahui yang Aisyah menghidap kanser tahap 4. Walaupun pada mulanya dia sukar menerima kehadiran Aisyah, namun hatinya berubah dan nekad untuk menjaga Aisyah hingga ke akhir hayat.