Telefiem Rengkat (TV3)

Rengkat

Saksikan telefiem Rengkat lakonan Shukri Yahaya, Aprena Manrose dan Syazwan Zulkifly pada Sabtu, 4 Mei 2019, pukul 9 malam di TV3.

JUDUL : RENGKAT
WAKTU SIARAN : Sabtu, 4 Mei 2019, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot Cerekarama TV3
PENULIS SKRIP : Farhana Fauri
PENGARAH : Heykal Hanifah
PRODUKSI : Luqsar Kreatif Sdn Bhd
PELAKON : Shukri Yahaya, Aprena Manrose, Syazwan Zulkifly, Nur Emeerlda, Asry Azizan, Kamal Ibrahim, Faezah Elai, Haikal Danial, Haziq Daniel, Shaiful Adam

SINOPSIS RENGKAT
Rais dan isterinya Yani hidup dalam serba sederhana. Mereka dikurniakan seorang anak iaitu Indah yang rengkat akibat daripda kemalangan semasa kecil. Suatu hari Rais diberhentikan kerja secara mengejut kerana dituduh menyebabkan kerugian kepada syarikat. Rais buntu memikirkan cara untuk mendapatkan duit untuk menampung keluarganya. 

Perkenalan yang tidak disengajakan dengan Bard telah mengubah hidup Rais. Tanpa pengetahuan Yani, Rais telah mengikut Bard untuk meragut demi mendapatkan duit. Indah yang juga bisu tahu mengenai aktiviti ayahnya dan cuba untuk membantu ayahnya supaya berhenti daripada meragut. 

Tanpa pengetahuan Rais, Bard sebenarnya telah merancang segala-galanya kerana mahu membalas dendam terhadap Rais yang pernah membulinya dulu semasa kecil sehingga menyebabkan dia rengkat.