Drama Misi Dania Cun (TV1)

Misi Dania Cun

Drama bersiri' Misi Dania Cun' lakonan Niena Baharun, Dazrin Kamarudin, Livonia Ricky dan Aemma Nursyakira bakal menemui penonton bermula 2 April ini, setiap Isnin hingga Rabu pukul 7 malam di RTM 1.

JUDUL : MISI DANIA CUN
EPISOD : 13 episod
TARIKH TAYANGAN : 2 April 2019
WAKTU SIARAN : Isnin-Rabu, 7:00 malam
SIARAN TV : TV1 (RTM)
PENULIS SKRIP : Adza Irdawati & Adza Emie
PENGARAH : Dato T.S Jeffry
PRODUKSI : Pentas Wayang Production Sdn Bhd
PELAKON : Niena Baharun, Dazrin Kamarudin, Livonia Ricky, Aemma Nursyakira, Jibob, Ziema Din, Rostan Man, Hasnol, Hafiz Bahari, Yujie Mazlina, Mas Khan, Z. Lokman, Kamarool Hj. Yusof, Ben Konobie

WATAK PELAKON
Niena Baharun sebagai Dania
Dazrin Kamarudin sebagai Dr Dani 
Livonia Ricky sebagai Ilya 
Aemma Nursyakira sebagai Nisa
Jibob sebagai Seman

SINOPSIS MISI DANIA CUN
Mengisahkan tentang cabaran yang dihadapi oleh seorang wanita yang bertugas sebagai Jururawat Desa. Dania ditawarkan bertugas sebagai jururawat di kawasan pedalaman tanah air. Dia mulanya tidak setuju tetapi kemudian menerimanya sebagai cabaran setelah dipujuk oleh ayahnya, Zakariah. Setelah mendaftar di klinik tersebut, Dania berkawan baik dengan Misi Ilya dan Misi Nisa.

Sikap Dania yang rajin dan bertanggungjawab memberikan perkhidmatan perubatan kepada penduduk di desa itu membuatkannya disenangi ramai. Kes pertama dihadapinya bila berdepan dengan seorang wanita yang begitu percayakan kaedah perubatan tradisional iaitu bomoh dikenali sebagai Pak Landak. Meskipun diberi amaran keras oleh bomoh tersebut, Dania tetap tegas tindakan Pak Landak itu salah.

Dania berkawan rapat dengan Dr.Dani yang baru bertugas di situ. Misi Dania dan Dr. Dani berjaya menyelamatkan kelahiran seorang bayi di klinik itu dan menggalakkan masyarakat desa mendapatkan perkhidmatan di klinik. Perhubungan erat antara Misi Dania dan Dr.Dani menimbulkan perasaan cemburu Misi Ilya.  Kerana kecantikan dan kebaikannya, dia digelar Misi Dania Cun.