,

Drama Dia Yang Ku Cinta (TV3)

November 25, 2019

Dia Yang Ku Cinta

Nantikan drama adaptasi novel Dia Yang Ku Cinta karya Indah Hairani yang bakal muncul dalam slot Samarinda di TV3. Dibintangi oleh Syerinie Myra, Sharnaaz Ahmad dan Luqman Hafidz. Drama arahan Along Kamaludin terbitan A.Aida Production. Akan menemui penonton bermula 26 November ini, setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di TV3.

JUDUL : DIA YANG KU CINTA
TARIKH TAYANGAN : 26 November 2019
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot Samarinda TV3
PENULIS SKRIP : Fatin Nabila & Indah Hairani
PENGARAH : Along Kamaludin
PRODUKSI : A.Aida Production
PELAKON : Sharnaaz Ahmad, Syerinie Myra, Luqman Hafidz, Siti Khadijah Halim, Arash Mohd, Catriona Ross, Afieq Shazwan, Jovi Heng, Watie Sadali, Silfeny, Sabrina Ali, Ruminah Sidek, Riena Diana, Shah Rezza, Zila Bakarin, Khalida Balqis, Effa Narisha, Dai Izzhar Nazri, Izzy Reef, Fateha, Qistina Raisah, Nadzrul, Izzya Reen

WATAK PELAKON 
Sharnaaz Ahmad sebagai Luqman
Syerinie Myra sebagai Cempaka Amna
Luqman Hafidz sebagai Hafiz Andrew
Siti Khadijah Halim sebagai Lara Andrew
Catriona Ross sebagai Mahanna
Arash Mohd sebagai Tuan Khalid
Afieq Shazwan sebagai Iman Idham
Watie Sadali sebagai Makcik Peah
Jovi Heng sebagai Patrick /Muhamad Patrick Abdullah

LAGU TEMA / OST 
Ku Bersuara - Ernie Zakri
Teguh Setia - Muna Shairah
Lembah Kesepian - Haqiem Rusli
Kenangan Zack Zakwan

SINOPSIS DIA YANG KU CINTA
Cempaka Amna dan adiknya Iman Idham merupakan anak tiri kepada Tuan Khalid.  Mereka dibawa tinggal bersama Tuan Khalid dan Puan Marhanna apabila ibu kandung mereka telah meninggal dunia. Kedua anak yatim ini amat dibenci oleh Puan Mahanna yang menyimpan dendam terhadap kedua-dua anak arwah hingga mereka meningkat dewasa.

Anak Puan Marhanna iaitu Lara Andrew juga mempunyai sikap yang sama seperti ibu mereka namun abang kepada Lara Andrew begitu baik dan amat menggambil berat tentang kebajikan kedua anak yatim ini. Ini membuatkan Puan Marhanna dan Lara Andrew bertambah sakit hati kerana merasakan kedua mereka ada pembela mereka selain dari Tuan Khalid.

Hafidz Andrew dan Lara Andrew juga merupakan anak tiri kepada Tuan Khalid. Mereka adalah anak kepada Puan Marhanna bersama bekas suaminya iaitu seorang lelaki inggeris. Hafidz dan Lara dibawa pulang ke Malaysia selepas Puan Marhanna dan suaminya bercerai.

Chempaka Amna yang tidak tahan didera oleh Puan Hanna telah mengambil keputusan untuk lari dari rumah mereka. Walau beliau berasa berat hati hendak meninggalkan adiknya yang oku, beliau berazam akan kembali mengambil adiknya semula pada suatu hari nanti.

Pertemuan dengan Luqman, seorang jurutera itu memberi tapak untuk dia lari daripada sengsara itu namun cinta Hafidz Andrew memaksa dia kembali berdepan dengan Mahanna dan Lara Andrew. 

GAMBAR PELAKON
Dia Yang Ku Cinta
Pelakon Dia Yang Ku Cinta
Pelakon drama Dia Yang Ku Cinta

F O L L O W →

You Might Also Like

0 comments

recent posts

Facebook

Follow