Drama Di Sisimu Aku

Di Sisimu Aku

JUDUL : DI SISIMU AKU
EPISOD : 13 episod
TARIKH TAYANGAN : 5 April 2019
WAKTU SIARAN : Jumaat, 6:00 petang
SIARAN TV : Salam HD (Unifi TV)
PENULIS NOVEL : Fatin Nabila
PENGARAH : Khalid Nadzri
PRODUKSI : A.Aida Production Sdn Bhd
PELAKON : Eyka Farhana, Nafiez Zaidi, Natasha Mahyan, Raja Hakim, Dilla Ahmad, Badrul Muhayat, Azlan Mokhtar, Syed Ali Murtadha, Puteri Rafasya

WATAK PELAKON 
Nafiez Zaidi sebagai Aman Zarul
Eyka Farhana sebagai Qeena
Natasha Mahyan sebagai Zeyra
Dilla Ahmad sebagai Rohani

LAGU TEMA DI SISIMU AKU
Kisah Cinta Kita - Hafiz Suip

SINOPSIS DI SISIMU AKU
Sejak kecil Aman dan Qeena rapat ibarat kawan baik. Namun kemunculan Zeyra menggugat kemesraan mereka. Aman bagai terlupakan Qeena dek pesona kecantikan Zeyra. Hati Qeena hangus terbakar. Akhirnya, dia mengalah dan pergi membawa diri. Dia rela dibenci, dia juga sanggup disalah erti.

Aman tercari-cari bayangan Qeena. Dulu ada di depan mata, gadis itu sering disakiti. Kini bila hilang, dia nanar sendiri. Tapi Aman ego! Dia tidak berusaha untuk mencari. Padanya, biar masa yang menentukan, Zeyra atau Qeena yang jadi miliknya! Tapi, jauh di sudut hatinya ada ruang kosong yang tertinggal.

Pertemuan kedua dengan Aman terjadi tanpa dipinta. Ada rindu dan benci yang cuba Qeena rungkaikan. Namun, dendam dan amarah Zeyra melukakan hatinya sekali lagi. Kalau benar Aman milik Zeyra, biarlah dia terima lelaki lain sebagai pengganti biarpun tanpa rasa cinta.

Pelakon Di Sisimu Aku
Pelakon drama Di Sisimu Aku