,

Sinopsis Saya Jual Ye Bang

March 11, 2019

Saya Jual Ye Bang

Astro First Eksklusif membawakan super-tele romantik dan komedi arahan Khabir Bhatia, bermula 14 Mac 2019, di Astro First Eksklusif, saluran 480 dan On Demand. Saya Jual Ye Bang merupakan adaptasi dari filem Taiwan berjudul “Ace of Sales” (2016). Dibintangi oleh Uqasha Senrose, Zizan Razak, Dato’ AC Mizal, Nadiyah Sahab Idris Khan dan ramai lagi.

JUDUL : SAYA JUAL YE BANG
TARIKH TAYANGAN : 14 Mac 2018
SIARAN TV : Astro First Eksklusif (saluran 480)
PENULIS SKRIP : Nazri M. Annuar
PENGARAH : Kabir Bathia
PRODUKSI : Infinitus Gold Sdn Bhd
PELAKON : Zizan Razak, Uqasha Senrose, Nadiyah Sahab, Dato’ AC Mizal, Idris Khan, Vicha, Bell Ngasri, Ray (JoHaRa)

LAGU TEMA 
Kau Takkan Tahu - Zizan Razak

SINOPSIS SAYA JUAL YE BANG
Mengisahkan tentang Rose (Uqasha Senrose), seorang pegawai pemasaran yang bercita-cita tinggi, mempunyai seorang suami yang sangat penyayang dan sentiasa merendah diri iaitu Amin (Zizan Razak), seorang mekanik. Walaupun tidak memiliki kehidupan yang mewah dan hidup dalam keadaan serba sederhana, namun Rose dan Amin merupakan pasangan yang sangat bahagia.

Suatu hari, Rose tiba-tiba diberhentikan kerja di atas kesalahan yang tidak disengajakan. Setelah berbulan-bulan lamanya Rose menganggur, akhirnya Rose ditawarkan kerja sebagai jurujual di sebuah pasaraya, namun pekerjaan itu agak mencabar dan Rose tidak mampu untuk mencapai sasaran jualan bulanan yang dikehendaki oleh majikannya. Pada masa yang sama, Rose turut tertekan dengan sikap rakan sekerja yang dilihat kerap kali memperlekehkannya kerana kegagalan beliau menjual produk syarikat.

Oleh kerana sebuah insiden yang mengelirukan, beliau berkenalan dengan seorang usahawan tersohor, Datuk Jaki (Dato’ AC Mizal) yang mengajar beliau selok belok perniagaan dan cara-cara untuk menjadi seorang jurujual hebat. Dari situ, beliau mengorak selangkah lagi dan terlibat dengan dunia pengacaraan di mana namanya kemudian menjadi sebutan dan popular. Rose mula lalai akan tanggungjawabnya sebagai isteri dan mengabaikan Amin. Pada masa yang sama, pengurus Rose, Mr. Sam (Idris Khan) turut cuba mendekati Rose. Rose kini dalam dilema dan rumahtangganya bersama Amin dilihat semakin goyah. Bagaimana pula dengan Amin yang begitu mencintai isterinya?

F O L L O W →

You Might Also Like

0 comments

recent posts

Facebook

Follow