Penunggu Simpang (TV3)

Penunggu Simpang

Saksikan telefilem sempena DFKL 2019 bertajuk Penunggu Simpang pada Sabtu, 23 Mac pukul 9.30 malam di TV3.

JUDUL : PENUNGGU SIMPANG
WAKTU SIARAN : Sabtu, 23 Mac 2019, 9:30malam
SIARAN TV : Slot Cerekarama TV3
IDEA ASAL : Eddy Imran Bin Mohamed Zokry
PENGARAH : Along Kamaludin
PRODUKSI : A.Aida Production Sdn Bhd
PELAKON : Aiman Tino, Jaja Iliyes, Kazar Saisi, Zaidi Omar, Zee Zainal, Faiz Tapaw, Khaty Azian, Nafiez Zaidi, Ropie, 

SINOPSIS PENUNGGU SIMPANG
Tahun 1990, simpang jalan disebuah kampung bernama Kampung Simpang-Simpang dikatakan berhantu. Munculnya penunggu yang digelar Penunggu Simpang. Penunggu Simpang ini menyerupai wanita yang sangat cantik berambut panjang hingga ke tanah. Senyumannya menyebabkan sesiapa yang terserempak menjadi sangat takut. 

Tok Ketua selesai bercerita kepada budak-budak nakal yang sedang bermain basikal ‘lajak’.  Tok Ketua beritahu, di simpang ini ada penunggu. Sesiapa yang buat kacau akan diganggu penunggu simpang. Budak-budak nakal itu berjanji tak akan bermain basikal lajak di simpang itu lagi.

SUB PLOT – Tok Ketua mempunyai seorang anak lelaki iaitu Cikgu Norman. Norman bercinta dengan Deana anak kepada Hj Khair, Pengurus Projek Resort. Tok Ketua pula tak suka dengan Deana kerana Deana pernah secara tak sengaja memaki Tok Ketua apabila Tok Ketua terlanggar kereta Deana. Waktu itu Deana belum berkenalan lagi dengan Cikgu Norman