,

Cinta Disertasi (TV1)

March 23, 2019

Cinta Disertasi

Saksikan telefilem Cinta Disertasi arahan Heykal Hanifah dibintangi oleh Faezah Elai, Amyza Aznan dan Zamarul Hisham pada Sabtu, 23 Mac pukul 9.00 malam di TV1.

JUDUL : CINTA DISERTASI
WAKTU SIARAN : Sabtu, 24 Mac 2019, 9:00 malam
SIARAN TV : TV1 (RTM)
PENULIS SKRIP : Iffah Afifah & Zabidi Mohamed
PENGARAH : Heykal Hanifah
PRODUKSI : Sophisticated Media Sdn Bhd
PELAKON : Faezah Elai, Amyza Aznan, Zamarul Hisham, Faye Kusairi, Tony Eusoff, Shahz Jaszle, Azar Azmi, Hajjah Fauziah Nawi, Putri Qaseh

SINOPSIS CINTA DISERTASI 
Kisah rumah tangga seorang pensyarah universiti, Dr.Rosli Ibrahim. Pada suatu hari Dr.Rosli didatangi oleh seorang pelajar sarjana yang bernama Fairuz yang mendaftar sebagai pelajar seliaan beliau.

Fairuz seorang gadis cantik, berbudi bahasa, baik dan pintar. Kebaikan dan kecantikannya menjadi tajuk perbualan dalam kalangan pensyarah universiti itu. Di samping itu, Iwan, seorang pelajar sarjana juga sangat berminat kepada Fairuz, tetapi Fairuz berkawan dengannya sebagai kawan sepengajian sahaja dan tidak lebih daripada itu.

Dalam pada itu, isteri Dr.Rosli yang bernama Fatinah telah disahkan oleh doktor bahawa dia menghidap kanser serviks tahap empat. Fatinah merahsiakan penyakitnya daripada suaminya dan anaknya Maya. Jika sebelum ini Fatinah sering mengajar anaknya mengaji Al-Quran, tetapi sekarang dia berasa cepat penat dan lemah. Oleh kerana Fairuz seorang lulusan Agama Islam, Dr.Rosli meminta Fairuz megajar Maya mengaji Al-Quran.

Kebaikan dan sikap penyayang yang dipamerkan oleh Fairuz membuatkan Fatinah berusaha agar suaminya berkahwin dengan Fairuz. Dr.Rosli berasa amat pelik apabila isterinya mencadangkan agar dia berkahwin dengan Fairuz.

Pelakon Cinta Disertasi
Pelakon telefilem Cinta Disertasi

F O L L O W →

You Might Also Like

0 comments

recent posts

Facebook

Follow