Resort Berhantu (TV3)

Resort Berhantu

Saksikan telefilem seram komedi 'Resort Berhantu' bersempena DFKL 2019 pada Sabtu, 2 Mac pukul 9:30 malam di TV3.

Resort Berhantu

Waktu Siaran: Sabtu, 2 Mac 2019, 9:30 malam
Rangkaian: Slot Cerekarama TV3
Pengarah: Isqandar Jebat
Produksi: Hujan Lebat Sdn Bhd
Pelakon: Izzue Islam, Ain Edruce, Jaja Ilyas, Amirul Faqeem, Shah Sulaiman, Din Che Pak, Hamdan Senario, Masrenny Masri

Sinopsis Resort Berhantu

Setelah lebih 10 tahun tidak bertemu selepas tamat persekolahan, sebuah majlis ‘Reunion’ diadakan. Sedang asyik menikmati hidangan makan malam, terdengar jeritan yang menyatakan ada mayat yang tragis di dalam dewan makan itu. Mayat tersebut adalah Amir Sumbing.

Penyiasatan bermula denganSolihin memberitahu bahawa dia terdengar perbualan Kay dan Sham tentang rancangan mereka untuk memalukan Amir Sumbing di majlis itu. Namun dinafikan Kay dan Sham. Dalam kekalutan itu, misteri timbul apabila mayat Amir Sumbing hilang dari tempat kejadian. Pihak polis dan paramedik beranggapan bahawa mereka menerima panggilan palsu.

Tiba-tiba terdengar jeritan “Prankkkk”. Munculnya Amir Sumbing di atas pentas dewan itu dan lalu mengejutkan semua orang. Amir Sumbing memberitahu bahawa dia merancang semua ini termasuk mengupah pasukan polis dan paramedik itu sebagai pelakon upahannya. Dia menjelaskan semua kejadian yang berlaku di malam itu adalah rancangan beliau bagi memeriahkan lagi majlis reunion dinner mereka. Motif utama Amir Sumbing menganjurkan reunion dinner itu adalah bagi menjernihkan kembali serta memeriahkan semangat setiakawan yang sangat berharga dan menjadi memori indah sampai bila-bila.