,

Drama Calon Menantu Tuan Rumah

May 20, 2019

Calon Menantu Tuan Rumah

Drama komedi Calon Menantu Tuan Rumah bakal disiarkan di saluran RTM. Dibintangi oleh Hafidz Roshdi, Zara Zya, Haleeda Mazlin, Dayana Roza, Aprena Manrose, Isyariana, Mia Nasir dan ramai lagi. Drama 28 episod arahan Hadith Omar terbitan Suhan Movies & Trading. Nantikan tayangannya di TV Okey setiap hari bermula 21 Mei, jam 10 malam.

JUDUL : CALON MENANTU TUAN RUMAH
EPISOD : 28 episod
TARIKH TAYANGAN : 21 Mei 2019
WAKTU SIARAN : Isnin-Ahad, 10:00 malam
SIARAN TV : TV Okey (RTM)
PENULIS SKRIP : Puovin & Tommy Loh
PENGARAH : Hadith Omar
PRODUKSI : Suhan Movies & Trading Sdn Bhd
PELAKON : Hafidz Roshdi, Zara Zya, Haleeda Mazlin, Dayana Roza, Aprena Manrose, Isyariana, Mia Nasir, Dini Schatzmann, Hefny Sahad, Zaidi Omar, Nik Adam Mika, Faez Nick, Ateeqah Ayu

WATAK PELAKON 
Hafidz Roshdi sebagai Adam 
Zara Zya sebagai Anis
Dayana Roza sebagai Lia 
Aprena Manrose sebagai Zurin
Isyariana sebagai Ika 
Mia Nasir sebagai Ros
Haleeda Mazlin sebagai Kak Pah
Zaidi Omar sebagai Pak Bahar
Nik Adam Mika sebagai Irwan
Faez Nick sebagai Udin

SINOPSIS CALON MENANTU TUAN RUMAH
Mengisahkan janda anak satu, Kak Pah yang menyewakan beberapa bilik di kediamannya kepada wanita bujang Ros, Zurin, Ika dan Lia. Pada masa sama, Kak Pah ingin mencari menantu untuk anaknya, Adam.

Ros pandai mengambil hati Kak Pah membuatkan beliau selalu disebut sebagai penyewa yang baik oleh Kak Pah. Ros sebenarnya ada memasang niat untuk mengenakan Zurin, Ika dan Lia.

GAMBAR PELAKON
Calon Menantu Tuan Rumah
Pelakon Calon Menantu Tuan Rumah
Pelakon drama Calon Menantu Tuan Rumah

F O L L O W →

You Might Also Like

0 comments

recent posts

Facebook

Follow