,

Drama Aku Yang Kau Tinggalkan

February 20, 2019

Aku Yang Kau Tinggalkan

Nantikan drama adaptasi novel Aku Yang Kau Tinggalkan karya Alina Haizar yang bakal menemukan kembali gandingan Ungku Ismail Aziz dan Elizad Sharifuddin sebagai teraju utama. Drama terbitan Global Station Sdn Bhd ini akan menemui penonton pada bulan Ramadan di saluran RTM.

JUDUL : AKU YANG KAU TINGGALKAN
EPISOD : 30 episod
TARIKH TAYANGAN : Ramadan 2019
SIARAN TV : RTM
PENGARAH : Azri
PRODUKSI : Global Station Sdn Bhd
PELAKON : Ungku Ismail Aziz, Elizad Sharifuddin, Natasya Mahyan, Adam Shadan, Aedy Ashraf, Husna Mustaffa, Roy Azman, Laila Nasir, Safwan Nazri, Syaffiq Sahli, Dian P Ramlee, Datin Fadilah Mansor, Ku Zara Eryna, Leeza Zain, Sharifah Husna

WATAK PELAKON 
Ungku Ismail Aziz sebagai Zaril Ikhwan
Elizad Sharifuddin sebagai Nia Athirah
Natasya Mahyan sebagai Ani
Adam Shadan sebagai Sazali
Safwan Nazri asebagai Syafiq 
Syaffiq Sahli sebagai Shahid
Husna Mustaffa sebagai Hajer
Aedy Ashraf sebagai Zainal Azman

SINOPSIS AKU YANG KAU TINGGALKAN
Ikatan perkahwinan antara Nia dan Zaril Ikhwan bukanlah atas dasar cinta. Nia memerlukan wang untuk membantu keluarganya, Zaril Ikhwan pula memerlukan seseorang untuk menjaga dirinya yang sakit.

Dalam tempoh menjaga Zaril Ikhwan, Nia mula jatuh cinta dengan suaminya sendiri. Diam-diam dia mengharapkan agar perkahwinannya ini kekal seumur hidup. Namun, akibat salah faham, Nia telah disingkirkan sebaik saja Zaril Ikhwan pulih sepenuhnya. Nia meninggalkan Zaril Ikhwan dan membawa hati yang lara ke Turin untuk meneruskan hidupnya sendirian di bumi asing bertahun-tahun lamanya.

Takdir menentukan mereka bertemu semula di Turin, Italy lalu mencetuskan perasaan benci, marah dan dendam yang terbuku di dalam hati masing-masing. Walaupun masih ada dendam dan rahsia yang dipendam, demi untuk meneruskan hidup ini, perpisahan secara rasmi adalah jalan yang terbaik buat mereka berdua. Tidak perlu lagi menyalahkan takdir walaupun Nia dan Zaril Ikhwan merasakan diri masing-masing yang sebenarnya telah ditinggalkan. Apakah rahsia yang dipendamkan itu ?

F O L L O W →

You Might Also Like

1 comments

recent posts

Facebook

Follow