Nana Dan Jam Atok (TV3)

Nana Dan Jam Atok

Saksikan telefilem 'Nana Dan Jam Atok' lakonan Qistina Raisah, Shukri Yahaya, Nabila Razali dan Jalil Hamid pada Ahad, 27 Januari, 9 malam di TV3.

JUDUL : NANA DAN JAM ATOK 
WAKTU SIARAN : Ahad, 27 Januari 2019, 9:00 malam
SIARAN TV : Slot CerekaAhad (TV3)
PENULIS NOVEL : Anina Sahal
PENGARAH : Emis Suffian
PRODUKSI : Orangetree Production Sdn Bhd
PELAKON : ur Qistina Raisah, Shukri Yahaya, Nabila Razali, Hafidzuddin Fazil, Shanie, Gen Darwish, Danish Hazriq, Hafiyah Hafiz, Hadi Nawawi, Indah Emeerlda, Lan Zailan, Ramli Salleh

SINOPSIS NANA DAN JAM ATOK 
Nana dikenali sebagai seorang pelajar yang pemalas dan sering lewat ke sekolah. Alasan yang sering digunakan adalah jam di rumahnya rosak dan tidak berbunyi. Puas ayahnya menukar jam dibilik Nana dengan harapan ada perubahan. Suatu hari, sebelum Nana pulang ke Kuala Lumpur, atuknya telah menghadiahkannya sebuah jam antik yang telah merubah hidup Nana.

Masa bermainnya terasa sungguh singkat dan masa belajar semakin lama. Dia cuba untuk membuang jam itu tetapi jam itu tetap kembali ke biliknya. Pelbagai cara Nana cuba untuk menghapuskan jam itu sehingga menghadiahkan jam itu kepada Cikgu Liza sempena Hari Guru akan tetapi jam itu tetap kembali ke biliknya. Nana mula pasrah dan kehidupnya semakin berubah ke arah kebaikan.