,

Kau Selalu di Hatiku (TV1)

January 19, 2019

Kau Selalu di Hatiku

Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan telefilem bertajuk 'Kau Selalu di Hatiku' mengisi slot Panggung Seri pada 19 Januari ini, pukul 9.00 malam di TV1.

JUDUL : KAU SELALU DI HATIKU 
WAKTU SIARAN : Sabtu, 19 Januari 2019, 9:00 malam
SIARAN TV : Slot Panggung Seri, TV1 (RTM)
PENGARAH : Jumal Yunus 
PELAKON : Siti Elizad Sharifuddin, Aedy Ashraf , Fattah Amin, Fauziah Nawi, Eyka Farhana

SINOPSIS KAU SELALU DI HATIKU  
Kisah seorang pelajar miskin yang jatuh cinta terhadap gurunya, Cikgu Siti Zawiyah. Pada mulanya, cinta Ridzuan tidak berbalas kerana Cikgu Siti Zawiyah sudah bertunang dengan Azlam.

Namun Ridzuan tidak berputus asa. Dia terus berusaha untuk memikat hati Cikgu Siti Zawiyah dengan pelbagai cara meskipun sedar terdapat pelbagai rintangan yang perlu dihadapinya. Faktor umur dan status tidak pernah diendahkannnya.  

Ketika Cikgu Siti Zawiyah berjauhan dengan tunangnya, Ridzuan akhirnya berjaya juga mencuri hati Cikgu Siti Zawiyah. Namun keduanya masih meneruskan hubungan secara profesional antara seorang guru dan juga pelajarnya.

Setelah keputusan SPM diumumkan, Ridzuan mendapat tawaran masuk ke Universiti dan ini menggembirakan semua termasuk Cikgu Siti Zawiyah. Sedar pelajarnya itu tidak mampu daripada segi kewangan, pembelajaran Ridzuan telah di biayai secara rahsia oleh Cikgu Siti Zawiyah atas dasar mahu membantu anak bangsanya sendiri berjaya. Dia percaya Ridzuan pelajar cemerlang yang dapat mengubah nasib keluarganya kelak.

F O L L O W →

You Might Also Like

0 comments

recent posts

Facebook

Follow