Drama Entiti Mistik (Astro Prima)

Entiti Mistik

Drama Entiti Mistik akan menemui penonton bermula 16 Januari 2019, setiap Rabu pukul 11 malam di slot Meremang, Astro Prima dan Maya HD. Drama seram arahan Siskin Samuzi ini menampilkan cerita berbeza setiap episod. 

JUDUL : ENTITI MISTIK
EPISOD : 13 episod
TARIKH TAYANGAN : 16 Januari 2019
WAKTU SIARAN : Rabu, 11:00 malam
SIARAN TV : Slot Meremang - Astro Prima 105 & Maya HD 135
PENGARAH : Siskin Samuzi
PRODUKSI : Multi Utama Sdn Bhd  
PELAKON : Eyra Hazali, Fimie Don, Julia Farhana, Mubarak Majid, Aedy Ashraf, Nik Harraz Danish, Natasya Mahyan, Syed Muhammad Husayn, Adeline Tsen, Adam Shahz, Amar Asyraf, Mimi Ernida, Syafi Danish, Dilla Ahmad, Ahmad Iswazir Ismail, Sharifah Shahora, Anita Baharom, Syaffiq Sahli, Dazrin Kamarudin, Kay Khydir, Khatijah Tan, Ady Fakaruddin, Wan Maimunah, Nadia Aqilah, Qistina Raisah, Azam Pitt, Hazman Al-Idrus, Afifah Nasir, Azrel Ismail, Melanie Tan, Taufiq Hanafi, Hilman Alef, Izzy Reef

EPISOD: Aras 3, KM333, Terowong, Tumpang, Pancung, Homestay, Hantu Karipap, Pelesit, Patung Rubiah, Katil Hospital, Cermin, Kawan Sebilik 

SINOPSIS ENTITI MISTIK
Episod 01
Misteri Saadong terbongkar apabila Mira membaca vuku nota milik Saadong. Dia adalah pelajar tahun 1985 yang mati kerana membunuh diri dalam tandas aras 3.

Episod 02
Zarina membuat kajian tentang hantu lilin yang popular pada tahun 2010 sebagai tugasan kewartawanan yang pertama. Hantu lilin itu muncul membongkar kisah sebenar perogol dan pembunuhnya.

Episod 03
Yusuf membeli kondo sahabatnya, Mad Kassim degan tawaran harga yang murah tanpa mengetahui di rumah itu berlakunya pembunuhan isteri sahabatnya Mad Kassim.