Drama Semua Salahku (TV3)

Semua Salahku

Nantikan drama bersiri Semua Salahku yang bakal ditayangkan slot Lestary TV3. Dibintangi oleh Fasha Sandha, Fauziah Nawi, Nafiz Muaz, Syed Aiman dan ramai lagi. Drama terbitan A.Aida Production dibawah arahan Along Kamaludin. Ditayangkan bermula 11 Julai, setiap hari Rabu hingga Jumaat pukul 9 malam di TV3.

JUDUL : SEMUA SALAHKU
EPISOD : 13 episod
TARIKH TAYANGAN : 11 julai 2019
WAKTU SIARAN : Rabu-Jumaat, 9:00 malam
SIARAN TV : Slot Lestary TV3
PENULIS SKRIP : Wan Mahani Hassan
PENGARAH : Along Kamaludin
PRODUKSI : A.Aida Production Sdn Bhd
PELAKON : Fasha Sandha, Nafiz Muaz, Intan Najuwa, Neera Azizi, Dayang Areeda, Fauziah Nawi, Adiba Yunus, Fadlan Hazim, Syed Aiman, Nafiez Zaidi, Zaidi omar, Zee Zainal, Idham Maulana, Afzan A Rahman, Aman Suwardi, Farisha Irwayu, Nor Azifah Abidin, Idham Maulana

WATAK PELAKON 
Fasha Sandha sebagai Sofea
Nafiz Muaz sebagai Harris
Intan Najuwa sebagai Mira
Neera Azizi sebagai Shila
Dayang Areeda sebagai Yanti
Fauziah Nawi sebagai Fatimah
Adiba Yunus sebagai Murni
Fadlan Hazim sebagai Iqbal
Syed Aiman sebagai Rosli
Nafiez Zaidi sebagai Imran
Zaidi omar sebagai Pak Ngah Hassan
Zee Zainal sebagai Amri
Idham Maulana sebagai Naim

LAGU TEMA / OST
Perasaanku - Fieya Julia
Cinta Terhebat - Beta
Pujaan Hati - Adira Suhaimi

SINOPSIS SEMUA SALAHKU
Mengisahkan Sofea, seorang anak yang derhaka pada ibunya dan mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang ibu kepada anaknya iaitu, Haris. Ketika Haris masih kecil, bapanya meninggal dunia tanpa meninggalkan sebarang harta menyebabkan ibunya, Sofea terbeban kerana terpaksa bekerja keras untuk mendapatkan pendapatan.

Bagi menambah pendapatan, Fatimah, ibu Sofea mencadangkan Sofea untuk memasuki kelas solekan. Sofea mula berkecimpung dalam bidang solekan dan sedikit sebanyak telah membantu menambah pendapatan Sofea. Malangnya, kasih sayang dan keperluan Haris mula terabai apabila Sofea berkahwin dengan Iqbal. Namun perkahwinan itu tidak bertahan lama apabila Iqbal terlibat dalam kemalangan dan menyebabkan Sofea kehilangan wang simpanannya.

Tertekan dengan kehilangan wang, Sofea mengurangkan wang belanja Haris dan juga perbelanjaan di rumah. Sofea tidak mahu berterusan hidup susah dan menghabiskan wangnya untuk pergi ke Spa demi untuk menjaga penampilannya agar dapat mencari lelaki kaya. Haris yang dahulunya seorang pelajar cemerlang mula terlibat dengan masalah disiplin dan prestasinya semakin merosot kerana sering diabaikan Sofea. Haris mula bergaul dengan Naim, seorang mat rempit yang terlibat dalam kegiatan merompak kerana dia mahu memenuhi kehendak Mira gadis yang diminatinya.

Adakah Haris, pelajar cemerlang akan terus tersasar jauh daripada landasan kebaikan dek terabai oleh kasih sayang seorang ibu? Adakah Sofea akan tersedar daripada angan-angannya? 

Semua Salahku