Drama Mimpi Sabrina (TV3)

Mimpi Sabrina

Drama bersiri Mimpi Sabrina bakal disiarkan menerusi slot Samarinda TV3. Menampilkan pelakon Juliana Evans, Josiah Hogan, Erwin Dawson, Tasha Shilla dan ramai lagi. Drama 20 episod arahan Nizam Zakaria, terbitan Radius One Sdn Bhd. Ditayangkan bermula 11 Julai 2019, setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di TV3.

JUDUL : MIMPI SABRINA
JUMLAH EPISOD : 20 episod
TARIKH TAYANGAN : 11 Julai 2019
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot Samarinda TV3
PENGARAH : Nizam Zakaria
PRODUKSI : Radius One Sdn Bhd
PELAKON : Juliana Evans, Josiah Hogan, Erwin Dawson, Tasha Shilla, Marisa Yasmin, Amy Mastura, Roy Azman, Jelita Murni, Hamidah Waahab, Ikhram Juhari, Puteri Khareeza, Ilman Saldi, Hasmira Azmi, Atiq Azman, Farah Zanordin, Fadly Fuad

WATAK PELAKON 
Juliana Evans sebagai Sabrina
Erwin Dawson sebagai Fahrin
Josiah Hogan sebagai Ridduan
Tasha Shilla sebagai Farah
Marisa Yasmin sebagai Alisa Liyana
Ako Mustapha sebagai Ibrahim
Amy Mastura sebagai Kak Su
Roy Azman sebagai Mustafa
Hamidah Waahab sebagai Che Salmah
Ikhram Juhari sebagai Amat
Puteri Khareeza sebagai Cat
Ilman Saldi sebagai Lan
Jelita Kako sebagai Jelita
Ikhram Juhari sebagai Amat
Mathni Razak sebagai Komeng
Hasmira Azmi sebagai Julia
Shasha Abedul sebagai Alice

LAGU TEMA / OST
Syura Badron - Ego

SINOPSIS MIMPI SABRINA
Mengisahkan percintaan antara dua darjat iaitu antara Sabrina anak seorang hartawan yang memiliki perniagaan perhotelan dengan Fahrin, adik kepada pembantu rumah yang bekerja di villa milik keluarga Sabrina. Namun begitu disebabkan kekuatan cinta yang kukuh hubungan mereka tetap terjalin sehinggalah akhirnya berkubur begitu sahaja apabila Fahrin dipenjara atas kesalahan yang dia tidak lakukan.

Sejak itu mereka dipisahkan. Fahrin dipenjarakan atas tuduhan cubaan merompak, manakala Sabrina pula dinikahkan dengan Ridhuan sepupunya sendiri demi menyelamatkan perniagaan ayahnya yang sedang mengalami masalah. Setelah tujuh tahun berlalu, cinta yang berkubur itu bertaut semula apabila Fahrin dan Sabrina bertemu semula tanpa sengaja dalam suasana yang cukup berbeza.

Sabrina sebagai jurugambar yang terkenal, manakala Fahrin pula muncul sebagai usahawan berjaya namun kekayaannya menjadi misteri. Ridhuan yang kecewa dengan Sabrina kerana tidak memberikan cinta kepadanya, kembali kepada bekas kekasihnya Farah, yang juga seorang model terkenal. Kerana kecewa dan terasa dikhianati, Ridhuan menjadi seorang yang tidak amanah sehingga menyebabkan syarikat mereka menghadapi masalah kewangan yang serius.

Fahrin pula sengaja mengaburi mata Ridhuan dengan menawarkan bantuan kewangannya itu. Fahrin mengambil kesempatan kerana dia ingin memancing kembali perhatian Sabrina semula. Adakah Sabrina akan kembali menjalin kasih bersama Fahrin dan terus melupakan Ridhuan?

Mimpi Sabrina